Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Pegawai Penjara Gred KX17
 
Dengar Dengar        
Pegawai Penjara Gred KX17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Jabatan Penjara
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM 936.00
RM 3,424.00
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
     
b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
     
  ii) berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
     
  iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
     
  iv) lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
     
  v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
     
  vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
     
c) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
     
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.
 
 
line