Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Pemeriksa Kereta Motor Gred A17
 
Dengar Dengar        
Pemeriksa Kereta Motor Gred A17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM938.00
RM3,406.00
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik semua jenis kereta motor di jabatan-jabatan kerajaan atau firma-firma motor ternama;
    [ Gaji Permulaan : RM938.00 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Mekanik atau Pemasang Sistem Gas Asli Kenderaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM995.39 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Mekanik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,053.51 ] atau
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan jentera daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,402.21 ] dan
  • mempunyai Lesen Memandu Kelas B dan D yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.
 
 
line