Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Pengawal Keselamatan Gred KP11
 
Dengar Dengar        
Pengawal Keselamatan Gred KP11
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pejabat Ketua Pegawai Kerajaan Malaysia (KPKK)/Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM837.00
RM2,619.00
RM80.00
 
Syarat Lantikan:
a) i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM837.00 ] atau
  ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
[ Gaji Permulaan : RM837.00 ] dan
     
b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa tarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
  v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
     
c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
   
Deskripsi Tugas:
Pengawal Keselamatan melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
 
Skop Fungsi Bidang Tugas Utama:
Kawalan Pergerakan Pegawai Pelawat dan Pekerja Kontrak
  • Mandaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan kepada penjawat awam, pelawat dan pekerja kontrak.
  • Memeriksa semua pegawai, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki bangunan kerajaan memakai kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan pada setiap masa.
  • Melaksanakan pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang dibawa masuk oleh mereka.
 
 
line