Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Penjaga Jentera Elektrik Gred J17
 
Dengar Dengar        
Penjaga Jentera Elektrik Gred J17
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai kementerian/jabatan/agensi kerajaan.
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM953.00
RM3,490.00
RM95.00
 
Syarat Lantikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    Gaji permulaan di Gred J17 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
    a) A0/A1 : RM1,318.42
    b) A4-2/A4-1/A4 : RM1,374.81
    c) B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,431.21


  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • had umur pelantikan:
    (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
 
 
line