Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil > Jururawat Masyarakat Gred U19
 
Dengar Dengar        
Jururawat Masyarakat Gred U19
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM 936.00
RM 3,629.00
RM100.00
 
Syarat Lantikan:
i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,284.27 ] dan
b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia; dan
iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
  • mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
 
Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan
Klinik Desa/Pusat Kesihatan
  • Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
  • Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
  • Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
  • Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
  • Memberi pendidikan kesihatan.
  • Menyambut kelahiran bayi.
 
 
line