Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas / Gaji Permulaan) > Suruhanjaya Pasukan Polis > Sarjan Gred YA 5
 
Dengar Dengar        
SARJAN GRED YA 5
 
KLASIFIKASI : SARJAN (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
GRED GAJI/JAWATAN :
YA 5
JADUAL GAJI :
Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
P1
P2
P3
RM1,710.39
RM1,821.06
RM1,935.62
RM3,675.74
RM3,852.49
RM4,033.13
RM150.00
SYARAT LANTIKAN 1.
Syarat permohonan bagi jawatan Sarjan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009 seperti berikut:-
 
(a) Terdiri dari warganegara Malaysia;
   
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
   
(c) Kelayakan akademik :
   
  i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,710.39 ] atau
     
  ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,710.39 ] atau
     
  iii) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,817.18 ] dan
     
  iv) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
     
(c) Kelayakan fizikal :
   
  Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
     
  i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
     
  ii) Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
     
  iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
     
  iv) Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
     
  v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
     
  vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
     
  vii) Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
   
 
DESKRIPSI TUGAS 2. Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik, jabatan siasatan jenayah narkotik, cawangan khas dan jabatan siasatan jenayah komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
 
 
line