Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Pengenalan > Perkhidmatan Utama
 
Dengar Dengar        
Perkhidmatan Utama
 
Urusan Pengambilan
   
  Urusan Pengambilan Ke Perkhidmatan Awam [ Seterusnya... ]
  Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang PG-SPA dari Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan jika ada. Seterusnya proses yang terlibat adalah proses pemerolehan calon dari Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP), urusan temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.
   
  Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) [ Seterusnya... ]
  Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia http://www.spa.gov.my.
   
  Orang ramai boleh berurusan dengan Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia secara online menerusi http://www.spa.gov.my atau menelefon talian TeleSPA nombor 600-83-7979 atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor 39111 atau perkhidmatan mySMS SPA di nombor 15888. Maklumat mengenai jadual temu duga/peperiksaan dan keputusan temu duga/peperiksaan boleh dicapai melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan SMS sepanjang masa.
   
  Jawatan Yang Dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [ Seterusnya... ]
  Maklumat mengenai deskripsi senarai jawatan seperti deskripsi tugas, syarat lantikan, kod skim, gred, gaji mula, imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup (COLA) yang boleh dipohon oleh calon mengikut kelayakan berikut:
  - Ijazah/Sarjana/PHD
- Ijazah & Diploma/Ijazah & STPM/STAM
- Diploma/Sijil
- STPM/STAM/HSC
- SPM/Latihan Separa Perubatan (SPM/PMR)
- Berkhidmat/PSL
   
  Bagaimana Untuk Memohon [ Seterusnya... ]
  Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) yang disediakan di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia http://www.spa.gov.my.
   
  Semakan Online
  Calon boleh menyemak
  - Maklumat Urusan Pengambilan (Statistik)
- Status Pendaftaran
- Jadual Peperiksaan
- Keputusan Peperiksaan
- Jadual Temu Duga
- Keputusan Temu Duga
- Semakan Status Urusan Perkhidmatan
   
  Hari Khas SPA Bersama Pelanggan [ Seterusnya... ]
  Hari Khas SPA Bersama Pelanggan merupakan satu langkah dalam mewujudkan budaya layanan mesra pelangga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapat maklumat secara terus mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
   
Urusan Perkhidmatan
   
  Pengesahan Pelantikan [ Seterusnya... ]
   
  Penetapan Gaji Permulaan mengikut Peraturan 23(2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] atau Peraturan 25(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] [ Seterusnya... ]
   
  Pelanjutan Tempoh Percubaan [ Seterusnya... ]
   
  Pengesahan Dalam Perkhidmatan [ Seterusnya... ]
   
  Pemberian Taraf Berpencen [ Seterusnya... ]
   
  Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu [ Seterusnya... ]
   
  Penamatan Perkhidmatan [ Seterusnya... ]
   
  Pertukaran Perkhidmatan [ Seterusnya... ]
   
  Pertukaran Pelantikan [ Seterusnya... ]
   
  Pertukaran Sementara/Peminjaman [ Seterusnya... ]
   
  Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen [ Seterusnya... ]
   
  Pelepasan Untuk Pertukaran Pelantikan/Peminjaman [ Seterusnya... ]
   
  Pembatalan Tawaran Pelantikan [ Seterusnya... ]
   
  Pertukaran Tetap [ Seterusnya... ]
   
  Pelanjutan Pertukaran Sementara/Peminjaman [ Seterusnya... ]
   
  Pelarasan Gaji Pertukaran Sementara/Peminjaman [ Seterusnya... ]
   
  Pemendekan Tempoh Pertukaran Sementara/Peminjaman [ Seterusnya... ]
   
 
 
line