Penetapan Gaji Permulaan
 
  Definisi : Penetapan Gaji Permulaan Peraturan 25(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] adalah proses yang dilaksanakan bagi pegawai yang memohon untuk mendapatkan gaji masuk yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.  
     
  Definisi awam bermaksud Kementerian atau Jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pengalaman awam yang boleh diambil kira adalah:  
     
 
i) Kontrak;
ii) Sementara;
iii) Tetap.
 
     
  Definisi : Peraturan 25(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain pada mata gaji yang lebih tinggi dan paling hampir yang perbezaannya tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baru.  
     
  Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling Berkaitan:  
     
 
i) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005];
   
ii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
   
iiI) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002;
   
iv) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2003;
   
v) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011;
   
vi) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012;
   
vii) Pandangan perundangan; dan
   
viii) Peraturan-peraturan Suruhanjaya.