Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Pengenalan > Perutusan Setiausaha
 
Dengar Dengar        
Perutusan Setiausaha
 
 
YBhg. Datuk Ramli bin Juhari

YBhg. Datuk Ramli bin Juhari
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) komited bagi menyediakan Portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.
 
SPA menyedari bahawa pelanggan bukan sahaja berkehendakkan penyampaian perkhidmatan yang efisien tetapi juga cepat dan mudah dicapai pada bila-bila masa dari mana-mana jua. Urusan dengan SPA kini tidak lagi terhad kepada waktu pejabat semata-mata. Ini adalah kerana Portal ini menyediakan pelbagai perkhidmatan di antaranya seperti Permohonan Jawatan Secara Online (SPA8i), Semakan Status Permohonan, Semakan Urusan Perkhidmatan, ePertanyaan dan sebagainya. Ini seiring dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan peratusan penggunaan perkhidmatan kerajaan sebanyak 90% secara atas talian menjelang tahun 2015.
   
  Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, SPA telah memperkenalkan penggunaan MyID dan Kata Laluan di dalam Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 21 Februari 2011. Kaedah ini diperkenalkan untuk menjaga keselamatan maklumat pemohon dan memudahkan urusan pelanggan yang berminat memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Penggunaan MyID dan Kata Laluan ini juga memudahkan calon mengemaskini maklumat dan membuat semakan status permohonan pada bila-bila masa.
     
    SPA juga telah berjaya melakar sejarah apabila mendapat Penarafan Portal Lima (5) Bintang dalam penilaian yang dibuat oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Sebanyak 1,349 Portal / Laman Web telah dinilai dan SPA mendapat tempat ke-3 daripada 240 Agensi / Kementerian / Jabatan yang mendapat penganugerahan 5 Bintang tersebut. Pencapaian ini adalah amat membanggakan SPA kerana dicapai melalui usaha dalaman pegawai-pegawai ICT dan warga SPA seluruhnya tanpa bantuan pihak perunding swasta.
     
    Dunia ICT sentiasa berubah dengan pantas dan tiada had sempadan. Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan SPA, para pelanggan dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan/pandangan mengenai penyampaian perkhidmatan SPA dan portal ini. Maklumbalas ini dapat membantu SPA untuk melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.
     
    Saya berharap portal ini mampu menjadi satu wadah memudahkan orang ramai berurusan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selaras dengan motto Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu Mudah, Cepat dan Tepat. Dengan itu, selamat melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
     
 
 
line