Banner Portal Rasmi SPA
spacer
Laman Utama > Soalan Lazim (FAQ) > Urusan Pengambilan > [Laman 1] Pendaftaran
 
Dengar Dengar        
Pendaftaran
 
1. Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan?
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) atau melalui laman Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my .
 
 
2. Bagaimana ingin mendapatkan Identity Number (ID) bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?
Pemohon boleh mendapatkan Identity Number (ID) di daftar akaun baru dan boleh merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap (BORANG PENDAFTARAN Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)).
 
 
3. Bagaimana saya ingin mengemaskini pendaftaran saya?
Setelah calon berjaya mempunyai ID selepas proses pendaftaran, pemohon termasuklah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat/Peningkatan Secara Lantikan (PSL) boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
 
 
4. Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya?
Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan 'Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Walaubagaimanapun pemohon yang memiliki ijazah tidak dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM dan ke bawah.
 
 
5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?
Mulai tahun 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum ini sebanyak 2 kali setahun. Walau bagaimanapun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menyiarkan iklan sepanjang masa di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh itu, para pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
 
 
6. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?
Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.
 
 
7. Mengapa sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan?
Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya. Walau bagaimanapun, permohonan calon yang berstatus KIV akan mengambil masa 3 hari untuk didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
 
 
8. Mengapa saya perlu memperbaharui pendaftaran?
Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh setahun. Ini membolehkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Selain itu, ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu tahun. Bagi pemohon Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).
 
 
[Laman 1] [Laman 2] [Laman 3]
 
line