Panduan Peperiksaan |
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
1. |
Bagaimanakah untuk dikecualikan
daripada menduduki peperiksaan? |
|
|
Tidak ada pengecualian menduduki
peperiksaan, melainkan calon Peningkatan Secara Lantikan (PSL) bagi
Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 1-1. |
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Bagaimanakah caranya untuk
menduduki sesuatu peperiksaan? |
|
|
Dengan mengisi Borang SPA8i mengikut
skim-skim yang mensyaratkan peperiksaan. Calon-calon juga boleh melayari
laman web http://www.spa.gov.my.
|
|
|
|
|
|
|
|
3. |
Bilakah sesuatu peperiksaan
diadakan? |
|
|
Ianya bergantung kepada permintaan
pengisian kekosongan jawatan daripada kementerian/jabatan atau pada tarikh
yang ditetapkan dalam Jadual Peperiksaan Tahunan. |
|
|
|
|
|
|
|
4. |
Bolehkah Calon bertukar
pusat peperiksaan? |
|
|
Tidak.Calon boleh
mengemaskini pusat peperiksaan pada bila-bila masa di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia apabila
berlakunya sebarang perubahan maklumat calon seperti bertukar alamat tempat
tinggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
5. |
Bolehkah Calon Menduduki
Peperiksaan selepas daripada tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan? |
|
|
Tidak boleh.
Calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6. |
Jika gagal menghadiri
mana-mana peperiksaan apakah tindakan yang perlu diambil oleh calon? |
|
|
Peperiksaan kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah
peperiksaan tertutup dan dijalankan serentak seluruh negara. Bagi calon-calon
yang gagal menduduki mana-mana peperiksaan pada tarikh yang ditentukan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak menjadualkan semula peperiksaan tersebut. Namun jika ada permohonan
dari Kementerian/Jabatan ketika permohonan calon masih sah, calon akan dipanggil
untuk peperiksaan yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
7. |
Bagaimana jika saya tidak
menerima surat panggilan menduduki peperiksaan atau lewat menerimanya? |
|
|
Sila semak laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk
menyemak nama calon yang layak menduduki peperiksaan. Pastikan maklumat
anda dikemaskini agar tidak ketinggalan dari menduduki mana-mana peperiksaan
terutamanya akibat dari pertukaran alamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
| 8. |
Kenapakah walaupun telah
lulus Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 1-1 tetapi tidak dipanggil
temu duga? |
|
|
Penentuan dipanggil temu duga
bagi calon yang lulus Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 1-1
adalah bergantung kepada bidang pengkhususan atau Purata Nilai Gred Komulatif
(PNGK) terutamanya apabila bilangan kekosongan sedikit tetapi calon yang
lulus adalah ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|