Pengesahan Pelantikan |
| |
|
|
|
|
|
| 1. |
Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan? |
|
|
Pengesahan Pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran. |
|
|
|
|
|
|
|
| 2. |
Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan? |
|
|
Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. |
|
|
|
|
|
| 3. |
Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan? |
|
Pengesahan Pelantikan diperlukan bertujuan bagi menentukan:
- seseorang pegawai bersetuju menerima tawaran jawatan;
- seseorang pegawai yang dilantik telah memenuhi syarat lantikan;
- tarikh seseorang pegawai mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam;
- tarikh untuk diberi Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen; dan
- pengiraan kekananan untuk tujuan naik pangkat dan faedah persaraan.
|
|
|
|
| 4. |
Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan? |
|
|
Dokumen yang diperlukan untuk Pengesahan Pelantikan adalah:
- Surat Setuju Terima Pelantikan (Borang SPA 6A);
- Surat Akuan Sumpah (Borang SPA 6B);
- Borang Pemeriksaan Perubatan - pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah disyaratkan untuk diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat dengan Kerajaan oleh pegawai perubatan berdaftar iaitu mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp012013.pdf);
- Penyata Perubahan (Kew. 8);
- Sijil Pengesahan Tapisan Keselamatan (bagi jawatan yang disyaratkan);
- Surat Aku Janji (bagi pegawai yang dilantik mulai 01.01.2002);
- Salinan sijil/diploma/ijazah yang disahkan bagi calon yang belum megemukakannya semasa menghadiri temu duga; dan
- Dokumen-dokumen lain yang disyaratkan dalam surat tawaran.
Senarai semak bagi urusan Pengesahan Pelantikan boleh diperolehi melalui pautan berikut:
http://www.spa.gov.my/Portal/ePengisian/Senarai_Semak_Urusan_Perkhidmatan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| 5. |
Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baru, menjalani semula pemeriksaan kesihatan? |
|
|
Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu iaitu mengikut perenggan 6(b), 7 dan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. |
|
|
|
|
|
|
|
| 6. |
Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta? |
|
|
Boleh, berdasarkan kepada Perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. |
|
|
|
|
|
|
|