Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Soalan Lazim (FAQ) > Pengesahan Perkhidmatan
 
Dengar Dengar        
Pengesahan Perkhidmatan
 
 
1.
Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?
Boleh berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005 P.U. (A) 176 Peraturan 19.(1) (a) yang menyatakan calon hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar dan P.U. (A) 1/2012.
   
   
2.
Bilakah seseorang pegawai awam layak disahkan dalam perkhidmatan ?
Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:
       
  (i). berjaya menjalani tempoh percubaan 1-3 tahun;
       
  (ii). hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
       
  (iii). lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
       
  (iv). mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
       
 
3.
Apakah dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan ?
     
  (i). Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176) ;
     
  (ii). Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Jadual
Kelima P.U. (A) 176);
     
  (iii). Kenyataan Perkhidmatan kemaskini dengan catatan;
       
    (a).
hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
       
    (b).
keputusan peperiksaan yang disyaratkan ;
       
    (c).
pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan
       
    (d).
keputusan tatatertib (jika berkenaan)
       
line