Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Soalan Lazim (FAQ) > Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan
 
Dengar Dengar        
Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan
 
1. Bolehkah seseorang pegawai yang berkhidmat di Badan Berkanun memohon untuk ditukar lantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan?
Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat di Badan Berkanun boleh dipertimbangkan untuk ditukar lantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya memenuhi syarat dan mempunyai alasan yang kukuh sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002. Pegawai juga mesti mempunyai kelayakan akademi yang melepasi tapisan untuk kemasukan ke skim perkhidmatan berkaitan.
 
 
2. Bolehkah seseorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17?
Seorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 tidak boleh ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 kerana pertukaran pelantikan hanya boleh dipertimbangkan dalam skim perkhidmatan yang sama sahaja. Sekiranya pegawai itu berminat untuk menjawat jawatan lain selain jawatan yang disandang sekarang, pegawai perlu memohon jawatan tersebut dengan mendaftar secara on line dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) melalui Portal SPA.
 
 
3. Apakah perbezaan antara pertukaran perkhidmatan dan pertukaran pelantikan dan apakah pekeliling-pekeliling yang perlu dirujuk?
Pertukaran perkhidmatan adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama tetapi berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan. Manakala pertukaran pelantikan pula adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama tetapi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan.

Pekeliling yang perlu dirujuk untuk permohonan pertukaran perkhidmatan ialah Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2005 dan bagi permohonan pertukaran pelantikan pula, pekeliling yang perlu dirujuk ialah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002.
 
 
line