Tindakan Tatatertib |
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
1. |
Adakah tindakan tatatertib
dengan tujuan buang kerja boleh diambil ke atas pegawai yang telah bersara
wajib, atas kesalahan yang dilakukan semasa dalam perkhidmatan? |
|
|
Tindakan tatatertib tidak boleh
lagi diambil ke atas seseorang pegawai yang telah bersara kecuali jika tindakan
tatatertib telah pun dimulakan (pertuduhan telah dihadapkan kepada pegawai)
sebelum tarikh kuat kuasa persaraan itu, maka tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan
sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib itu berkeputusan
sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 10 Akta Pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Adakah tindakan tatatertib
boleh diambil ke atas pegawai yang telah meletak jawatan dari perkhidmatan
awam? |
|
|
Tindakan tatatertib tidak boleh
lagi diambil ke atas seseorang pegawai pada tarikh kuat kuasa meletak jawatan. Tindakan
tatatertib yang sedang diambil juga tidak boleh diteruskan lagi selepas berkuat kuasa
perletakan jawatan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
3. |
Apakah tindakan yang sesuai
diambil terhadap pegawai dalam percubaan yang melakukan kesalahan tatatertib
kerana tindakan melalui proses tatatertib akan mengambil masa yang lama? |
|
|
(i). |
Dari segi peraturan, tindakan tatatertib hingga
ke peringkat buang kerja boleh diambil terhadap pegawai dalam percubaan,
terutama jika mereka telah melakukan kesalahan yang serius.
|
|
|
|
|
|
(ii). |
Pilihan lain ialah KJ memperakukan kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia supaya pegawai tidak disahkan dalam perkhidmatan. Berdasarkan perakuan
itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia boleh menamatkan perkhidmatan mereka. |
|
|
|
|
|
(iii). |
Pegawai dalam percubaan sepatutnya lebih berdisiplin
dan mengelak diri daripada melakukan kesalahan tatatertib. Tujuan tempoh
percubaan ialah untuk memberi peluang kepada pegawai membuktikan kesesuaian
dan kebolehan mereka sebagai pegawaii awam. Oleh itu KJ perlu lebih tegas
mengendalikan kes salah laku mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
4. |
Apakah tindakan yang boleh
diambil oleh KJ jika pegawai memperolehi sijil sakit palsu dan adakah wajar
seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan
sijil sakit dari klinik swasta?
|
|
|
Perlu diingat bahawa sijil sakit
yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) itu
adalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa pegawai kurang sihat dan
disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan. Jika KJ bersetuju dengan
pendapat doktor itu maka pegawai bolehlah diluluskan cuti sakit. Pada tarikh
pegawai disahkan tidak sihat itu mereka sepatutnya berehat di rumah atau
di hospital. |
|
|
|
|
|
Jika dapat dibuktikan pegawai
memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati tidak sakit
seperti yang dilaporkan oleh doktor, maka KJ boleh tidak meluluskan cuti
sakit seperti yang dipohon atau melaporkan kepada pihak polis dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil
terhadap mereka. |
|
|
|
|
|
Dengan tindakan di atas KJ tidak
mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa pegawai. Sebaliknya KJ hanya
mempersoalkan integriti pegawai terbabit. |
|
|
|
|
|
|
|
5. |
Jika Urus Setia Jabatan
mendapati terdapat kesilapan dalam prosedur tindakan tatatertib terhadap
seseorang pegawai, bilakah sepatutnya Urus Setia boleh membuat proses semula
berhubung dengan tindakan tatatertib berkenaan? |
|
|
Jika surat pertuduhan belum dikeluarkan
kepada tertuduh, kesalahan/pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh boleh
dibuat semula. |
|
|
|
|
|
Sebaliknya jika surat pertuduhan
telah dikeluarkan kepada tertuduh, maka Urus Setia perlu membatalkan prosiding
tindakan tatatertib dan bukannya membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap
tertuduh. |
|
|
|
|
|
Urus Setia perlu menyemak segala
dokumen, peraturan yang digunapakai sebelum laporan pelanggaran tatatertib
dihantar kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Jabatan bagi memutuskan kes
pegawai sama ada wujud prima facie/tidak wujud. |
|
|
|
|
|
|
|
6. |
Pertuduhan yang dikenakan
terhadap pegawai kabur sehingga menyulitkan mereka untuk mempertahankan
diri dan melemahkan peluang Kerajaan untuk menang jika kes tersebut dicabar
di mahkamah. Untuk itu, bagaimanakah mengatasi masalah ini? |
|
|
Setiap pertuduhan perlu jelas,
terperinci dan spesifik. Tuduhan perlu menyatakan sekurang-kurangnya jenis
kesalahan, tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut berlaku. Misalnya,
jika pegawai dituduh memberi isyarat lucah, perlu dijelaskan bagaimanakah
isyarat itu telah ditunjukkan; bila ianya dilakukan; dan di mana. Lebih
baik lagi jika dinyatakan sekali saksi yang boleh mengesahkan dakwaan itu.
Jika berlaku pertuduhan sebegini, pembatalan prosiding perlu dilakukan dan
bukannya pembatalan pertuduhan. |
|
|
|
|
|
|
|
7. |
Adakah oral hearing dibenarkan
dalam perbicaraan kes tatatertib? |
|
|
Dasar yang berkuat kuasa sekarang
tidak membenarkan perbicaraan kes tatatertib dibuat melalui oral hearing.
Perbicaraan berdasarkan kepada representasi bertulis sudah memadai dan berpadanan
dengan kemampuan pengurus personel sektor awam yang tidak dilatih dalam
bidang oral hearing. Dasar ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk
mempastikan kes tatatertib dapat diselesaikan dengan segera. |
|
|
|
|
|
|
|
8. |
Bolehkah LTJ bersidang
untuk menjatuhkan hukuman ke atas pegawai sekiranya tempoh representasi
pembelaan diri pegawai belum tamat 21 hari? |
|
|
Walaupun seseorang pegawai telah
mengemukakan representasi pembelaan dirinya dalam masa 1 hari, namun LTJ
mestilah menunggu sehingga 21 hari untuk bersidang. Ini kerana LTJ hendaklah
mematuhi prinsip keadilan iaitu right to be heard (hak untuk didengar).
Kegagalan mematuhi prosedur/tatacara serta prinsip-prinsip perundangan tersebut
akan menyebabkan kecacatan terhadap sesuatu tindakan tatatertib dan boleh
menyebabkan keputusan yang telah dibuat itu menjadi tidak sah. |
|
|
|
|
|
|
|
9. |
Sekiranya Pengerusi sering
bertukar siapakah yang sepatutnya boleh menjadi Pengerusi LTJ dan siapakah
yang menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Jabatan? |
|
|
Mengikut Peraturan 2, keanggotaan
Lembaga Tatatertib terdiri dari anggota yang dinyatakan dalam ruang 4 jadual. |
|
|
|
|
|
Pengerusi – Ketua Jabatan/Ketua
Bahagian
Ahli I - Timbalan Ketua Jabatan/Timbalan Ketua Pengarah
(Pegawai yang paling kanan selepas Pengarah)
Ahli II - Seseorang pegawai P&P yang dilantik oleh Ketua Setiausaha
Kementerian. |
|
|
|
|
|
Bagi pegawai yang sering bertukar-tukar/menanggung
jawatan sebagai Ketua Jabatan, jawatan Pengerusi LTJ tidak boleh dilantik
secara automatik. Pelantikan jawatan tersebut perlu dibuat oleh KSN seperti
yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|