Tidak Hadir Bertugas |
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
1. |
Apakah tindakan tatatertib
kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang
telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau BPR kerana disyaki melakukan
jenayah? |
|
|
Tangkapan seumpama ini dianggap
sebagai tangkapan kerana membantu siasatan. Ketidak hadiran bertugas bagi
tempoh pegawai ditahan itu adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah.
Walau bagaimana pun sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan
sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya, maka tindakan tatatertib boleh
dikenakan bagi ketidak hadiran selepas dia dibebaskan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Bagaimana menguruskan
masalah pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tenggelam
timbul: kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak? |
|
|
Jika ketidakhadiran itu merupakan
kesalahan tatatertib, tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai
melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka
tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Di peringkat awal kesalahan itu
dilakukan dan jumlahnya masih sedikit, pegawai sebaik-baiknya diberi nasihat
dan bimbingan. Tindakan tatatertib adalah langkah terakhir, iaitu jika tindakan
awal tidak berkesan. |
|
|
|
|
|
|
|
3. |
Berapakah tempoh yang
boleh dianggap THB? |
|
|
Tiada disebut tempoh di dalam
peraturan. Mengikut Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993, menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi
apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan
tugas-tugasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
4. |
Apakah yang perlu dilakukan
sekiranya pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran notis?
|
|
|
Peraturan 26(5) menjelaskan jika
pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari darii tarikh penyiaran
notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap
pegawai. |
|
|
|
|
|
|
|
5. |
Apakah kesan kepada kakitangan
yang tidak hadir bertugas dipanggil semula untuk bertugas dan kemudian dikenakan
tindakan tatatertib?
|
|
|
Jika ini berlaku seolah-olah
pemaafan (condonation) telah diberikan kepada kakitangan terbabit kerana
tindakan tatatertib hanya diambil setelah suatu tempoh masa yang panjang.
Integriti seseorang Ketua Jabatan dan agensi sudah pasti akan dipertikai
dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika Ketua Jabatan tidak bersungguh-sungguh
dalam mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993. |
|
|
|
|
|
|
|
6. |
Apakah yang dimaksudkan
dengan istilah ‘Tidak hadir bertugas secara berterusan’? |
|
|
Ia bermaksud apabila seseorang
pegawai tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai
itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Jika seseorang pegawai
tidak hadir bertugas mulai 1.1.2000 hingga 31.12.2000, maka tarikh-tarikh
beliau tidak hadir tidak perlu dinyatakan secara spesifik. |
|
|
|
|
|
|
|
7. |
Pegawai hanya datang pagi
dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidak
bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?
|
|
|
Tuduhan yang sesuai dikenakan
kepada pegawai ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini boleh dibuktikan
melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain (jika ada) yang dapat memperlihatkan
tempoh masa beliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan
tidak hadir bertugas.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|