Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Soalan Lazim (FAQ) > Urusan Pengambilan > Temu Janji Untuk Temu Duga
 
Dengar Dengar        
Temu Janji Untuk Temu Duga
(Peg. Perubatan/Peg. Pergigian/Peg. Farmasi)
 
1. Siapakah yang boleh memohon temu janji untuk temu duga ini?
Semua graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan/pergigian dan Farmasi dari universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan/Pergigian dan Farmasi dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
 
 
2. Bagaimana untuk memohon?
Setelah mengisi Borang Permohonan Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, calon perlu menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menempah tarikh temu duga dalam tempoh 2 minggu sebelum tarikh yang dimohon. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Cik Norhidayah/Puan Norazura di talian 03-88856339/6372 atau email norhidayah@spa.gov.my/norazura@spa.gov.my
 
 
3. Apa yang perlu dibawa semasa temu duga?
Calon perlu membawa bersama resume bergambar, dokumen asal dan salinan seperti Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil SPM, transkrip dan skrol ijazah serta Sijil Pendaftaran dengan Majlis Perubatan/Majlis Pergigian/Lembaga Farmasi.
 
 
4. Bilakah saya akan mendapat tawaran jika berjaya temu duga?
Jika calon berjaya temu duga, surat tawaran akan dikeluarkan pada hari yang sama kecuali jika dokumen calon tidak lengkap.
 
 
line