Banner Portal Rasmi SPA
garis
Laman Utama > Panduan > Tatatertib > Siri > Siri 8
 
Dengar Dengar        
Siri 8 - Rayuan Tatatertib
 
  Pendahuluan  
  Perkara mengenai rayuan tatatertib adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [P.U.(A) 396].  
     
  Hak Merayu [Peraturan 14]  
  Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib (LTT) Kementerian/Jabatan boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT).  
  ( Nota : Tiada peruntukan rayuan bagi pegawai yang dibuang kerja melalui Warta)  
     
  Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam [Peraturan 12]  
  Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terletak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.  
     
  Bagaimana Membuat Rayuan [Peraturan 15]  
  Sesuatu rayuan hendaklah di buat secara bertulis kepada:  
     
  PENGERUSI
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
ARAS 9, BLOK C7, PARCEL C
PUSAT PENTABDIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA.
 
     
  Surat rayuan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tatatertib.  
     
  Tindakan Ketua Jabatan  
  Apabila menerima rayuan daripada mana- mana pegawai, Ketua Jabatan hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya kepada Lembaga Tatatertib yang berkaitan, beserta dengan ulasannya.  
     
  Tindakan Lembaga Tatatertib  
  Apabila menerima rayuan itu, Lembaga Tatatertib hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya surat rayuan itu beserta salinan semua rekod prosiding tatatertib, termasuk alasan/asas yang digunakan bagi membuat keputusan tatatertib berkenaan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam.  
     
  Maklumat/Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Jabatan Kepada Lembaga Rayuan  
  Maklumat/dokumen yang perlu dikemukakan oleh Jabatan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) adalah seperti senarai semak, iaitu mengikut mana yang berkaitan dengan sesuatu kes tindakan tatatertib itu.  
     
  Keputusan Lembaga Rayuan  
  Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad  
     
  Senarai Semak Dokumen  
 
1. Nombor Kad Pengenalan pegawai.
2. Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini
3. Laporan pelanggaran tatatertib termasuk laporan siasatan (jika ada)
4. Surat pertuduhan
5. Akuan terima surat pertuduhan
6. Representasi pembelaan diri
7. Ulasan Ketua Jabatan terhadap representasi pembelaan diri
8. Minit Mesyuarat LTT Menjatuhkan Hukuman
9. Surat Keputusan LTT
10. Akuan terima surat keputusan
11. Surat Rayuan
Peraturan 14(1) & 15(1) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]
12. Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan
Peraturan 15(2) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]
13. Alasan Lembaga Tatatertib Jabatan bagi mencapai keputusannya
Peraturan 15(3) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]
14. Pertuduhan mahkamah
15. Syor Ketua Jabatan
16. Keputusan mahkamah
17. Pengesahan ada/tiada rayuan
18. Perakuan Ketua Jabatan mengenai hukuman di bawah Peraturan 29(2)
19. Surat Perintah Gantung Kerja
20. Salinan Perintah tahanan / pengawasan
21. Salinan Kad Perakam Waktu yang lengkap bagi kesalahan tidak hadir bertugas, tidak mengetip kad perakam waktu dan datang lewat ke pejabat
22. Kenyataan Cuti yang kemaskini bagi kesalahan tidak hadir bertugas
23. Dokumen Sokongan:
 
i) Laporan BPR (bagi kes BPR)
ii) Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut (jika ada)
 
     
  Nota:  
 
* Perkara / dokumen di bil. 14 hingga 20 adalah bagi kes Sabitan Jenayah dan / atau kes Perintah Tahanan.
* Semua dokumen yang berkaitan hendaklah disediakan dalam 2 salinan
* LTT - Lembaga Tatatertib
* LTTPA - Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
 
 
line