Breadcrumb Breadcrumb

Arkib Februari 2011 - Aktiviti 1 Arkib Februari 2011 - Aktiviti 1

Februari 2011 - Aktiviti 1

  • Saingan Liga FAM 2011

    SPA 9 Februari----- Saingan bola sepak Liga FAM 2011, akan bermula Ahad ini. Pasukan bola sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC) akan memulakan kempen pada tahun ini dengan menentang NS Betaria di Stadium Mini Petronas, Bangi jam 4.45 petang. Ketika dihubungi MediaSPA, pengurus pasukan bola sepak SPA FC, Aidid Molana berkata “ pada tahun ini pasukan bola sepak kita akan juga menampilkan muka-muka baru, yang diharapkan dapat menguatkan jentera pasukan SPA FC ”. Katanya lagi, “ saya berharap warga SPA akan turun ke tempat perlawanan, memberi sokongan kepada SPA FC”. Dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada tahun ini sebanyak sebelas (11) pasukan akan bertanding dalam Liga FAM 2011. Pasukan-pasukan yang akan bertanding adalah Melaka, Pahang Kuantan Port/SM, Johor Melodi Jaya, Kuala Lumpur SPA, Johor Tentera Darat, Kor RAMD, Negeri Sembilan Betaria, TUDM Hornet, Kuala Lumpur Rapid, MBJB dan UiTM. Sementara itu pada 19 Februari ini jam 8.45 malam, pasukan bola sepak SPA FC akan bertemu Johor FC dalam perlawanan Piala FA di Stadium Pasir Gudang, Johor Baharu ----- MediaSPA

Aktiviti1