Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G27 Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G27

Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,494.00 RM5,674.00 RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. warganegara Malaysia;
      2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      3. diploma dalam bidang sains biologi, perhutanan, mikrobiologi, sains pengurusan hidupan liar, sains hayat, sains perkhidmatan veterinar/kesihatan, sains haiwan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Gred G19/20, G22, G26 dan G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Menjalankan tugas kuat kuasa undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar.