Breadcrumb Breadcrumb

Penghulu Gred NP27 Penghulu Gred NP27

Penghulu Gred NP29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka/Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00 RM5,672.00 RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. warganegara Malaysia;
      2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,642.54); atau
        2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15); atau
        3. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15); atau
        4. diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM2,146.96).
        (Calon dengan kelayakan STPM, STAM atau diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Antidadah, Pembantu Belia dan Sukan, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pembantu Pembangunan Masyarakat atau Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penghulu Gred NP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan [calon disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahu dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan]
        dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Agama Islam, Keselamatan Pembangunan, Kegiatan Sosial dan Kebajikan Masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.