Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Juruukur Bangunan Gred J29 Penolong Juruukur Bangunan Gred J29

Penolong Juruukur Bangunan Gred J29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,860.00 RM5,701.00 RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    3. diploma dalam bidang ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02); atau
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Deskripsi Tugas:
    Membantu dalam kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut.