Breadcrumb Breadcrumb

Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
    4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
    1. Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
    2. Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
    3. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
    4. Membekal campuran, losen dan 'ointments' kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
    5. Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
    6. Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, 'ointments' dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
    7. Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.