Breadcrumb Breadcrumb

Pegawai Dietetik Gred U41 Pegawai Dietetik Gred U41

Pegawai Dietetik Gred U41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
(c)

 

 
(i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang dietetik, pemakanan atau sains pemakanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00); atau

 
(ii)

ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi rumah tangga (home economics) serta memiliki diploma pasca siswazah dalam bidang dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
DESKRIPSI TUGAS :  
  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
    • Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
  2. Perkhidmatan Dietetik Komuniti
    • Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
  3. Penyediaan Perkhidmatan Makanan
    • Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
  4. Latihan
    • Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
  5. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.