Breadcrumb Breadcrumb

Pegawai Bomba Gred KB17 Pegawai Bomba Gred KB17

Pegawai Bomba Gred KB19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
    • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
      • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
      • mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      • menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
      • menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
      • memanjat tali.
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Lantikan Bekas Anggota Tentera:
    Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii)
  • Deskripsi Tugas:
    • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
    • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
    • Mengendalikan pam bomba.
    • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
    • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.