Breadcrumb Breadcrumb

Pemeriksa Kereta Motor Gred A17 Pemeriksa Kereta Motor Gred A17

Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM4,034.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB19
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
        • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24).
        KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB29
        • sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,534.00). atau
        • diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,943.57).
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.