Lawatan ke Nasyrah Centre

klik unuk melihat imej dengan lebih jelas
Setiausaha SPA, En Lamien bin Sawiyo meluangkan masa lebih kurang 1 jam membuat lawatan ke pusat Asuhan kanak-kanak Nasyrah Child Care Centre di Tingkat 1, Blok C7 pada 27 Jun 2008. Beliau diiringi oleh Timbalan Pengerusi Puspanita II: Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Pengerusi Puspanita III: Puan Faidzah Arshad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Turut menghadiri adalah Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil SPA. Ketibaan Setiausaha telah di sambut oleh ketua Pusat asuhan, Puan Suhaiza Mustafa. Setiausaha juga turut menyampaikan hadiah hari jadi kepada kanak-kanak di pusat asuhan tersebut.

 

Lawatan ke Kraftangan Malaysia : Promosi kerja kawin 2009

3 Julai 2008, Kuala Lumpur ----- Puspanita SPA telah mengadakan suatu lawatan ke Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Lawatan tersebut mengambil masa selama 4 jam iaitu bermula pada jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Semasa lawatan tersebut, satu Promosi kerja kahwin telah diadakan bertujuan untuk mempromosikan barangan kraftangan buatan tempatan. Terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur seperti pertandingan membuat bunga telur, melukis inai, membuat kipas dan sebagainya. Promosi ini juga turut mempamerkan produk kraftangan tempatan dalam persiapan perkahwinan merangkumi aspek pemakaian, gubahan, perhiasan dan makanan.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

SPA 11 Julai 08 ------ Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah untuk Allahyarham Norliah binti Suratman, warga SPA dan keluarga warga SPA yang telah kembali ke rahmatullah telah diadakan jam 12.30 hari di Aras 10. Majlis anjuran Biro Agama PUSPANITA ini telah dihadiri lebih kurang 40 orang muslimah ahli PUSPANITA dan PASPA. Semoga doa yang dikirim akan diterima oleh-Nya. Insya-Allah --- PUSPANITA

Lawatan ke Penjara Wanita Kajang

7 Ogos 2008, Kajang -----Biro Kebajikan Dan sosial, PUSPANITA Cawangan Kecil SPA telah menganjurkan lawatan ke Penjara Wanita, Kajang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Semasa lawatan tersebut, semua ahli puspanita SPA telah diberi penerangan yang serba ringkas mengenai penjara wanita, Kajang oleh Penguasa Penjara yang bertugas. Seterusnya, semua ahli puspanita telah dibawa melawat tempat-tempat banduan wanita melakukan aktiviti sepanjang tempoh tahanan dijalankan seperti spa, salon, menjahit, frozen food, mencanting batik, kraftangan Dan sebagainya. Selain itu, pelawat-pelawat juga boleh membeli hasil kerja mereka untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.

 

Ceramah Sempena Menyambut Bulan Ramadhan

SPA 28 Ogos 2008 (Khamis) ----- Biro Agama Puspanita dengan kerjasama Biro Agama dan Pelajaran Paspa telah menganjurkan satu ceramah sempena dengan ketibaan bulan Ramadhan. Pada mulanya ceramah tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan Aras 9, Blok C7, Kompleks C, Putrajaya. Walau bagaimanapun, tempatnya telah diubah ke Dewan Temu Duga Aras 6, Blok C7, Kompleks C, Putrajaya. Semua warga SPA dijemput hadir untuk menjayakan majlis tersebut.----

 

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khusus Untuk Anak - Anak Warga SPA

SPA 29 Ogos 2008 (Jumaat) ----- Biro Agama Puspanita dengan kerjasama Biro Agama dan Pelajaran Paspa telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat khusus untuk anak-anak warga SPA yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM bertempat di Surau Aras 1, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,Blok C7, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA. Semua warga SPA dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

 

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan

SPA 29 Ogos 2008 (Jumaat) ----- Pertandingan mewarna sempena menyambut hari kemerdekaan telah diadakan untuk pelajar-pelajar Tadika Nasyrah Child Care Center.----

 

 
 


 

 
PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. .
Hakcipta Terpelihara© 2008 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 800 x 600.