Breadcrumb Breadcrumb

Pemohon Pekerjaan Pemohon Pekerjaan

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

"Sila gunakan pelayar (browser) Google Chrome atau Internet Explorer 10 ke atas sahaja untuk membuat Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)”.

PENGUMUMAN PENTING E-MEL CALON :

  • Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan di Borang SPA8i dimohon untuk mengemaskini/memasukkan alamat e-mel yang tepat di borang permohonan masing-masing bagi mengelakkan kegagalan penerimaan e-mel mengenai panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon. Sekiranya calon tidak menerima e-mel urusan dari pihak SPA, calon adalah dikehendaki menyemak folder SPAM/Junk Email dan memastikan mailbox e-mel tidak penuh.

PENGUMUMAN PENTING PENDAFTARAN SPA8i:

  • Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:
     
    (a) Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun;
    (b) Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM;
    (c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
     
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
  • Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

    Segala kesulitan amat dikesali.

DAFTAR AKAUN BARU/LUPA KATA LALUAN :

  • Mulai 1 Julai 2016, SPA telah membuat penambahbaikan bagi Daftar Akaun Baru dan Lupa Kata laluan melalui integrasi dengan JPN . Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi no kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID. Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

APLIKASI MOBILE :

  • Adalah dimaklumkan, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPA8i dengan kerjasama MAMPU yang merupakan alternatif kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). mySPA8i terdiri daripada beberapa modul : -
    • Pendaftaran MyID;
    • Reset Kata Laluan;
    • Maklumat Pemohon;
    • Maklumat Akademik;
    • Maklumat Kokurikulum;
    • Maklumat Tambahan;
    • Pegawai Sedang Berkhidmat;
    • Jawatan Dipohon; dan
    • Pengakuan Pemohon.
  • Selain itu, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPAv2. Aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar membuat semakan bagi urusan berikut:
    • Semakan MyID
    • Jadual Temu duga
    • Keputusan Temu duga
    • Jadual Peperiksaan
    • Keputusan Peperiksaan
    • Berita
    • Hubungi Kami