PERMOHONAN
JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)
----------------------------------------
Warganegara
Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan
kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam
Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka,
Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang
Permohonan Online (SPA8i) yang disediakan di sebelah kiri
laman ini
Permohonan
boleh dibuat sepanjang masa dan bilangan jawatan yang boleh dipohon
adalah maksimum 5
jawatan.
Sila
mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.
Pengumuman Penting
- PENGUMUMAN PENTING -
Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bilangan 1 Tahun 2009 Tatacara Pengisian
Jawatan-Jawatan Kosong di Kementerian / Jabatan.
Tujuan: Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan
tatacara pengisian jawatan-jawatan kosong bagi tahun 2009 yang
meliputi jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
jawatan Kumpulan Sokongan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
serta Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang, Melaka, Negeri
Sembilan dan Perlis yang menggunakan kelayakan masuk Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke atas.
Keputusan
temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 di
Jabatan Pendaftaran Negara yang diadakan pada 18-21 November 2008
(Fasa 2) akan diumumkan pada 8 Januari 2009 (Khamis).
Sebarang kesulitan amatlah dikesali, harap maaf.