Etika
Kerja adalah merupakan prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi
bagi mengawal tingkah laku anggota atau ahli organisasi tersebut. Ianya
adalah satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan anggota atau ahli berkenaan
sentiasa selaras dengan kehendak organisasi itu.
Setiap
pegawai Kerajaan termasuk anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia (SPA) perlu memiliki tingkah laku yang sempurna, berpegang teguh
kepada sikap-sikap yang positif, berdisplin, dan berintegriti. Setiap anggota
Urus Setia juga perlu memiliki kualiti-kualiti berikut:
Melaksanakan
tugas secara professional, cekap dan peningkatan yang berkualiti dan peningkatan
produktiviti yang berterusan;
Sentiasa
komited kepada produktiviti, kualiti dan kecemerlangan di dalam memenuhi
objektif SPA;
Mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang mendalam mengenai bidang tugas masing-masing
dan sentiasa ingin terus mempertingkatkannya serta bersedia memajukan diri
sendiri pada setiap masa;
Berkeupayaan
menilai dan mengadakan pembaharuan di samping bersedia menerima dan dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan serta mampu mengatasi sebarang masalah;
Memiliki
perasaan tanggungjawab dan semangat bekerja berpasukan yang tinggi serta
saling bekerjasama;
Beretika,
hormat-menghormati dan sentiasa memelihara perhubungan yang baik dengan
sesama anggota serta pelanggan; dan
Berusaha
menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.