SOALAN-SOALAN
LAZIM MENGENAI URUSAN PENGAMBILAN KHAS
1.
Adakah
pemohon yang sudah berkahwin boleh memohon jawatan dalam separa perubatan?
Untuk
makluman tuan, maklumat yang terkandung dalam iklan dan skim perkhidmatan
separa perubatan dan latihan separa perubatan tidak menyatakan bahawa
calon yang berkahwin tidak boleh membuat permohonan melalui Borang SPA
8. Oleh itu, tuan layak membuat permohonan sekiranya berminat.
2.
Mengapa
permohonan saya tidak disenaraikan dalam temu duga?
Antara
sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga
ialah seperti tidak melepasi asas tapisan dan tidak berjaya dalam peperiksaan
khas yang dilaksanakan bagi jawatan berkaitan. Contohnya bagi permohonan
jawatan Separa Perubatan pihak Suruhanjaya amat menekankan tapisan subjek
Sains dan Matematik demi untuk mendapatkan calon-calon yang benar-benar
sesuai serta berkebolehan untuk menjawat jawatan tersebut.
3.
Mengapakah
saya tidak berjaya dalam temu duga?
Calon
yang gagal temu duga kebiasaannya disebabkan prestasi semasa temu duga
yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi
fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa
dokumen dengan lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain
kriteria yang diambil kira oleh panel menemu duga.
4.
Bagaimanakah
caranya saya ingin meminda alamat surat menyurat dan pusat temu duga?
Pemohon-pemohon
boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat kepada Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks
C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA, atau menghantar
emel pertanyaan
atau dengan melayari laman web SPA. Surat/emel tersebut hendaklah menyatakan
nama, no kad pengenalan dan tujuan serta ditandatangani (jika melalui
surat).
5.
Berapa
lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas mendapat Surat
Akuan Pendaftaran dari SPA?
Tempoh
panggilan temu duga bagi seseorang calon bergantung kepada urusan pengambilan
yang dilaporkan kepada SPA oleh pihak Kementerian/Jabatan, melepasi syarat-syarat
skim sesuatu perkhidmatan dan tapisan yang ditetapkan.
6.
Saya
seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya
dibolehkan membuat permohonan melalui Borang SPA 8i secara online melalui
laman web?
Boleh
- iaitu melalui borang Pegawai Sedang Berkhidmat KPSL. Walau bagaimana
pun, anda perlu membawa surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
7.
Kenapa
permohonan saya melalui Borang SPA 8 ditolak?
Permohonan
boleh ditolak di atas beberapa sebab seperti berikut:
-
Tidak mengisi dengan lengkap
butiran-butiran penting seperti yang dikehendaki dalam borang SPA 8 atau
SPA 8i.
-
Tidak menghitamkan dengan
pensel 2B ruangan yang disediakan bagi Borang SPA 8.
-
Tidak mengemukakan kesemua
helaian Borang SPA 8i.
-
Borang rosak akibat ditebuk,
dikokot, koyak, dilipat dan kotor.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Telefon : 603
8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas
kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang
disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan
resolusi 1024 x 768.