Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sukatan peperiksaan?
Dengan menulis surat bersama-sama sampul kosong beralamat sendiri dan berstem RM0.50 sen kepada Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Bahagian Peperiksaan, Aras 7, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA dan nyatakan nama sukatan yang dipohon.
2.
Apakah bahan rujukan yang boleh digunakan untuk menghadapi Peperiksaan Khas?
Bagi skop pengetahuan am, topik-topik yang diukur adalah terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks khusus untuk dibaca. Tujuan aspek ini diukur adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya dan Malaysia khasnya. Skop peperiksaan lain tidak menguji aspek kognitif calon tetapi kebolehan, kecenderungan dan personaliti.
Bagaimanakah untuk dikecualikan daripada menduduki peperiksaan?
Tidak ada pengecualian menduduki peperiksaan, melainkan calon KPSL bagi Peperiksaan Khas Memasuki 14 Skim Perkhidmatan.
2.
Bagaimana cara untuk mendapatkan panduan peperiksaan?
Dengan menulis surat menggunakan sampul surat beralamat sendiri dan berstem 50 sen kepada Setiausaha SPA, Bahagian Peperiksaan, Aras 7, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA dan nyatakan nama jawatan panduan yang dipohon.
3.
Bagaimanakah caranya untuk menduduki sesuatu peperiksaan?
Dengan mengisi borang SPA 8 atau 8i mengikut skim-skim yang mensyaratkan peperiksaan. Calon-calon juga boleh melayari laman web http://www.spa.gov.my.
4.
Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan?
Ianya bergantung kepada permintaan pengisian kekosongan jawatan daripada jabatan/kementerian atau pada tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Peperiksaan Tahunan.
5.
Bolehkah Calon bertukar pusat peperiksaan?
Tidak, kecuali dengan kebenaran dan disertakan surat tunjuk sebab. Calon boleh mengemaskini pusat peperiksaan dengan menulis surat kepada SPA terutama apabila telah berpindah tempat tinggal.
6.
Bolehkah Calon Menduduki Peperiksaan selepas daripada tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan?
Tidak boleh, calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang telah di tetapkan.
7.
Jika gagal menghadirkan diri untuk mana-mana Peperiksaan Khas apakah tindakan yang perlu diambil oleh calon?
Peperiksaan Khas kelolaan SPA adalah peperiksaan tertutup dan dijalankan serentak seluruh negara. Bagi calon-calon yang gagal menduduki mana-mana peperiksaan pada tarikh yang ditentukan, SPA tidak menjadualkan semula peperiksaan tersebut. Namun jika ada permohonan dari Kementerian/Jabatan ketika permohonan calon masih sah, calon akan dipanggil untuk peperiksaan khas yang lain.
8.
Bagaimana jika saya tidak menerima surat panggilan menduduki peperiksaan atau terlewat menerimanya?
Pastikan maklumat anda dikemaskini agar tidak ketinggalan dari menduduki mana-mana Peperiksaan Khas terutamanya pertukaran alamat. Sila semak laman web SPA untuk menyemak nama calon yang layak.
9.
Kenapakah walaupun telah lulus Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan tetapi tidak dipanggil temu duga?
Penentuan dipanggil temu duga bagi calon yang lulus Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan adalah bergantung kepada bidang pengkhususan atau Purata Nilai Gred Komulatif (PNGK) terutama apabila bilangan kekosongan sedikit tetapi calon yang lulus adalah ramai.
Tidak boleh kerana ianya untuk urusan-urusan itu sahaja.
2.
Bilakah keputusan sesuatu peperiksaan itu dikeluarkan?
Dalam masa antara 1 hingga 2 bulan selepas peperiksaan diadakan.
3.
Bilakah keputusan Peperiksaan Khas dikeluarkan?
SPA akan mengeluarkan surat keputusan kepada kesemua calon yang menduduki Peperiksaan Khas (lulus dan kandas) antara 4 hingga 6 minggu selepas tarikh peperiksaan tersebut.
4.
Tidak adakah tempoh sahlaku untuk Peperiksaan Khas SPA?
SPA mengeluarkan tempoh sahlaku dua (2) tahun untuk jawatan-jawatan yang mensyaratkan Ujian Bakat manakala lima (5) tahun untuk peperiksaan 14 Skim Perkhidmatan Gred 41, namun demikian pastikan tempoh sahlaku permohonan masih ada. Sila semak dengan SPA untuk status anda.
SOALAN-SOALAN LAZIM URUSAN UJIAN KHAS
1.
Jika gagal menghadirkan diri untuk mana-mana Ujian Khas apakah tindakan yang perlu diambil oleh calon?
Ujian Khas kelolaan SPA adalah ujian tertutup dan dijalankan serentak seluruh negara. Bagi calon-calon yang gagal menduduki mana-mana ujian pada tarikh yang ditentukan, SPA tidak menjadualkan semula ujian tersebut. Namun jika ada permohonan dari Kementerian/Jabatan ketika permohonan calon masih sah, calon akan dipanggil untuk ujian khas yang lain.
2.
Bilakah keputusan Ujian Khas dikeluarkan?
SPA akan mengeluarkan surat keputusan kepada kesemua calon yang menduduki Ujian Khas (lulus dan kandas) antara 4 hingga 6 minggu selepas tarikh ujian tersebut.
3.
Apakah bahan cetak yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk menghadapi Ujian Khas?
Bagi skop pengetahuan am, topik-topik yang diukur adalah terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks khusus untuk dibaca. Tujuan aspek ini diukur adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya dan Malaysia khasnya. Skop ujian-ujian lain tidak menguji aspek kognitif calon tetapi kebolehan, kecenderungan dan personaliti.
4.
Tidak adakah tempoh sahlaku untuk Ujian Khas SPA?
SPA mengeluarkan tempoh sahlaku dua (2) tahun untuk jawatan-jawatan yang mensyaratkan Ujian Bakat manakala lima (5) tahun bagi peperiksaan 14 Skim Perkhidmatan Gred 41, namun demikian pastikan tempoh sahlaku permohonan masih ada. Sila semak dengan SPA untuk status anda.
5.
Bagaimana jika saya tidak menerima surat panggilan menduduki ujian atau terlewat menerimanya?
Pastikan maklumat anda dikemaskini agar tidak ketinggalan dari menduduki mana-mana Ujian Khas terutamanya pertukaran alamat.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Telefon : 603
8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas
kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang
disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan
resolusi 1024 x 768.