Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Piagam Pelanggan :: Maklumat Korporat :: Panduan :: Web Mail :: Direktori :: Hotline SPA :: Peta Laman [English Version]
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Khidmat Pelanggan-Soalan Lazim
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 
   Soalan Pengambilan
 (Versi Bahasa Cina)
 (Versi Bahasa Tamil)
   Soalan Pengambilan Khas
 (Versi Bahasa Cina)
 (Versi Bahasa Tamil)
   Soalan Peperiksaan
   Soalan Perkhidmatan
   Soalan Tatatertib
 e-Pertanyaan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon
 Alamat Pejabat SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-E-Perkhidmatan Semak Online
E-Perkhidmatan
 
   Status Pendaftaran
   Jadual Temu Duga BARU_7.GIF
   Keputusan Temu Duga BARU_7.GIF
   Jadual Peperiksaan BARU_7.GIF
   Keputusan Peperiksaan BARU_7.GIF
Semak SMS


SPA Portal > Khidmat Pelanggan > Soalan Lazim > Soalan Proses Permohonan

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI URUSAN PROSES PERMOHONAN

SEPARA PERUBATAN

1. Adakah pemohon yang sudah berkahwin boleh memohon jawatan dalam separa perubatan?
Untuk makluman tuan, maklumat yang terkandung dalam iklan dan skim perkhidmatan separa perubatan dan latihan separa perubatan tidak menyatakan bahawa calon yang berkahwin tidak boleh membuat permohonan melalui Borang SPA 8. Oleh itu, tuan layak membuat permohonan sekiranya berminat.

2. Mengapa permohonan saya tidak disenaraikan dalam temu duga?
Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga ialah seperti tidak melepasi asas tapisan dan tidak berjaya dalam peperiksaan khas yang dilaksanakan bagi jawatan berkaitan. Contohnya bagi permohonan jawatan Separa Perubatan pihak Suruhanjaya amat menekankan tapisan subjek Sains dan Matematik demi untuk mendapatkan calon-calon yang benar-benar sesuai serta berkebolehan untuk menjawat jawatan tersebut.
3. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?
Calon yang gagal temu duga kebiasaannya disebabkan prestasi semasa temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen dengan lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel menemu duga.

4. Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya dibolehkan membuat permohonan melalui Borang SPA 8i secara online melalui laman web?
Boleh - iaitu melalui borang Pegawai Sedang Berkhidmat KPSL. Walau bagaimana pun, anda perlu membawa surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

5. Kenapa permohonan saya melalui Borang SPA 8 ditolak?
Permohonan boleh ditolak di atas beberapa sebab seperti berikut:
- Tidak mengisi dengan lengkap butiran-butiran penting seperti yang dikehendaki dalam borang SPA 8 atau SPA 8i.
- Tidak menghitamkan dengan pensel 2B ruangan yang disediakan bagi Borang SPA 8.
- Tidak mengemukakan kesemua helaian Borang SPA 8i.
- Borang rosak akibat ditebuk, dikokot, koyak, dilipat dan kotor.

ALAMAT SURAT MENYURAT

1. Bagaimanakah caranya saya ingin meminda alamat surat menyurat dan pusat temu duga?
Pemohon-pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat kepada Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA, atau menghantar emel pertanyaan atau dengan melayari laman web SPA. Surat/emel tersebut hendaklah menyatakan nama, no kad pengenalan dan tujuan serta ditandatangani (jika melalui surat).

SURAT AKUAN PENDAFTARAN

1. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas mendapat Surat Akuan Pendaftaran dari SPA?
Tempoh panggilan temu duga bagi seseorang calon bergantung kepada urusan pengambilan yang dilaporkan kepada SPA oleh pihak Kementerian/Jabatan, melepasi syarat-syarat skim sesuatu perkhidmatan dan tapisan yang ditetapkan.

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Anugerah
 MS ISO 9002
Pekeliling SPA
Pekeliling SPA
 Panduan Pertukaran
 Perlanjutan Percubaan
 Kaedah Pengesahan
 Penetapan Pengesahan
 Pengesahan Kenaikan
 Permohonan Online
Menu Pautan
Pautan
 Pejabat PM
 Pejabat KSN
 Portal Kerajaan
 Malaysia
 MAMPU
 INTAN
 Pekeliling JPA
 Pek.Perbendaharaan
 PKPA
 Sistem Saraan
 Malaysia
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 HRMIS
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Planner SPA
 Planner SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
BARU_7.GIF Koleksi Audio
 Lagu Korporat SPA
 Lagu Perkhidmatan Awam
 Lagu Malaysiaku Gemilang
 Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
Webmaster

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.