Putrajaya 3 April-----SPA hari ini telah menerima kunjungan
dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Rombongan seramai tujuh orang itu telah diketuai oleh Presidennya, Tuan
Haji Omar Osman. Setiausaha SPA, Puan Sri Zaiton Mhad Ali telah
menyampaikan taklimat mengenai fungsi SPA. Taklimat dari SPA kepada
Cuepacs itu adalah yang pertama, setelah laporan akhbar-akhbar utama
pada 28 Februari lalu yang menyebut Cuepacs tidak berpuas hati terhadap
tugas-tugas yang dijalankan oleh SPA dan JPA. Turut hadir dalam taklimat
itu ialah Timbalan Setiausaha SPA, En. Rambli Juhari, Tn Haji Ab. Ghafar
bin A. Hasan dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian. - MediaSPA
Puan Sri Zaiton
semasa menyampaikan taklimat
Puan Sri Zaiton memperkenalkan pegawai-pegawai
kanan SPA kepada ahli-ahli Cuepacs.
Puan Sri Zaiton menunjukkan gambarnya kepada Presiden Cuepacs (kiri)
sebelum masuk memulakan taklimat.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.