Putrajaya
2 Disember-----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah
menerima sijil Penghargaan bagi calon-calon Peringkat Akhir Anugerah
Kualiti Perdana Menteri bagi tahun 2005. Majlis Anugerah Kualiti
Perkhidmatan Awam (AKPA) yang diadakan di Pusat Konvensyen sebentar tadi
telah dihadiri oleh KSN, Ketua-Ketua Perkhidmatan Awam dan Swasta. Di
majlis itu, Setiausaha SPA, Tuan Haji Luey bin Puter telah menerima
Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri Samsudin Bin Osman.
Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri akan diumumkan pada Majlis
yang akan diadakan pada 5 Disember ini di sebuah Hotel terkemuka di Seri
Kembangan nanti. Terdahulu dari itu KSN telah menyampaikan Anugerah
Kualiti Ketua Setiausaha Negara (AKKSN) yang telah dimenangi oleh
Hospital Bentong. - MediaSPA
Setiausaha SPA
menerima sijil dari KSN. - Foto Fadzil Sanom
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.