Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Piagam Pelanggan :: Maklumat Korporat :: Panduan :: Web Mail :: Direktori :: Hotline SPA :: Peta Laman [English]
Menu Maklumat Korporat Organisasi
Maklumat Korporat
 Profil
 Organisasi
 
   Carta Organisasi
   Bahagian Pengambilan
   Bahagian Pengambilan Khas
   Bahagian Pengurusan
   Bahagian Naik Pangkat
   Bahagian Perkhidmatan
   Bahagian Peperiksaan
   Bahagian Teknologi Maklumat
   Bahagian Penyelidikan
 Pembangunan & Urus
 Setia Mesyuarat
   SPKP
   Urus Setia Sarawak
   Urus Setia Sabah
 Arkib
 Foto
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 Koleksi Ucapan BARU_7.GIF
 e-Pertanyaan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
 Alamat Pejabat SPA
Semak SMS


SPA Portal > Maklumat Korporat > Organisasi > Bhgn Naik Pangkat


New Page 5
FUNGSI/TUGAS SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Perkara 144(1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa fungsi/tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah untuk:

 
  • Melantik;
  • Mengesahkan dalam Perkhidmatan;
  • Memberi taraf berpencen;
  • Menukar;
  • Menaikkan pangkat; dan
  • Menjalankan kawalan tatatertib.
ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan awam yang diliputi di bawah bidang kuasanya.
         
BIDANG KUASA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
Bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah meliputi perkhidmatan Awam berikut:
         
  • Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
  • Perkhidmatan Awam Bersama; dan
  • Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.
OBJEKTIF BAHAGIAN NAIK PANGKAT DAN TATATERTIB

Objektif Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib adalah untuk melaksanakan segala tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berhubung kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib, meliputi urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.

         
FUNGSI BAHAGIAN NAIK PANGKAT DAN TATATERTIB
Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.
         
1. Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:
 
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan.

  • Pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang.

2. Menguruskan Kes-Kes Rayuan Tatatertib:
 
  • Semua kumpulan pegawai dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan yang dikenakan hukuman tatatertib oleh Lembaga Tatatertib Jabatan;
  • Pegawai Kumpulan 'A' yang dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat dan pegawai Kumpulan 'D' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang yang dikenakan hukuman buang kerja oleh Lembaga Tatatertib Jabatan.
3. Menyelenggara Urusan Kenaikan Pangkat:
 
  • Kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam;
  • Kenaikan pangkat bagi Skim Perkhidmatan Bersepadu (integrated scheme of service).
   
4. Menguruskan Urusan Rayuan Kenaikan Pangkat:
 
  • Pegawai Kumpulan 'A' dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Perlis;
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan.
   
New Page 5
PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kami dengan cekap dan berkesan serta memastikan ianya menepati prinsip serta peraturan yang ditetapkan. Kami juga berjanji akan menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab kami di dalam tempoh seperti berikut dari tarikh menerima perakuan lengkap iaitu:

   
(i) Urusan kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam -

2 minggu

       
(ii) Urusan kenaikan pangkat ke gred bagi Skim Perkhidmatan Bersepadu - 12 minggu
       
(iii) Tindakan tatatertib bagi kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atai prestasi kerja yang tidak memuaskan. - 16 minggu
       
(iv) Tindakan tatatertib untuk kes-kes bagi pegawai disabitkan kesalahan jenayah di mahkamah atau dikenakan perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu
       
(v) Tindakan tahan kerja atau gantung kerja bagi pegawai yang menghadapi pertuduhan atau disabitkan kesalahan jenayah atau perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu
       
(vi) Urusan rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat. - 8 minggu
       
New Page 5
PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN
1. Perlembagaan Persekutuan;
   
2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395];
   
3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002, [P.U.(A) 246];
   
4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2006, [P.U.(A) 111];
   
5. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, [P.U.(A) 396];
   
6. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan, 1996, [N.S.P.U.5];
   
7. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006, [N.S.P.U.2];
   
8. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) 2002, [M.P.U.10];
   
9. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) (Pindaan) 2003, [M.P.U.31];
   
10. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2005, [M.P.U.19];
   
11. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997, [Pg.P.U.13];
   
12. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989, [Pg.P.U.1];
   
13. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993, [Ps.P.U.8];
   
14. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993, [Ps.P.U.9];
   
Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Anugerah
 MS ISO 9002
Pekeliling SPA
Pekeliling SPA
 Panduan Pertukaran
 Perlanjutan Percubaan
 Kaedah Pengesahan
 Penetapan Pengesahan
 Pengesahan Kenaikan
 Permohonan Online
Menu Pautan
Pautan
 Pejabat PM
 Pejabat KSN
 Portal Kerajaan
 Malaysia
 MAMPU
 INTAN
 Pekeliling JPA
 Pek.Perbendaharaan
 PKPA
 Sistem Saraan
 Malaysia
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 HRMIS
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Planner SPA
 Planner SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Koleksi Audio
 Lagu Korporat SPA
 Lagu Perkhidmatan Awam
 Lagu Malaysiaku Gemilang
 Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
Webmaster

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.