Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya Tel : 03-8885 6000 Fax : 03-8888 5036  Emelkan sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan SPA!      

Pengenalan SPA  |  Perkhidmatan Utama  |  Piagam Pelanggan  |  Panduan  |  Web Mail  |  Direktori  |  Hotline SPA  |  Peta Laman [English]
Menu Maklumat Korporat Organisasi
Mengenai SPA
 Profil
 Organisasi
 
  Carta Organisasi
  Bahagian Pengambilan Khas
  Bahagian Pengambilan
  Bahagian Peperiksaan
  Bahagian Perkhidmatan
  Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib
  Urus Setia Cawangan Sabah
  Urus Setia Cawangan Sarawak
  Urus Setia SPKP
  Bahagian  Teknologi Maklumat
  Bahagian Pengurusan
  Bahagian Urus Setia Mesyuarat
  Bahagian Dasar dan Perancangan
 Arkib
 Foto
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Borang
Khidmat Pelanggan
 Soalan Lazim (FAQ)
 
Soalan Pengambilan 
(Versi English) 
(Versi Bahasa Cina) 
(Versi Bahasa Tamil) 
 
Soalan Pengambilan Khas 
(Versi Bahasa Cina) 
(Versi Bahasa Tamil) 
 Muat Turun Borang
 Koleksi Ucapan
 e-Pertanyaan
 Hotline SPA
 Emel/Telefon (Direktori)
 Alamat Pejabat SPA
Semak SMS


SPA Portal > Pengenalan SPA > Organisasi > Bahagian Perkhidmatan

OBJEKTIF

Memberi khidmat sokongan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berkaitan urusan-urusan Perkhidmatan anggota perkhidmatan awam di bawah bidangkuasanya dengan adil, saksama dan teratur berdasarkan Undang-Undang dan peraturan- peraturan yang ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami komited untuk melaksanakan tugas kami dengan segera, adil dan berkualiti untuk memproses perakuan-perakuan Perkhidmatan dan menyampaikan keputusan Suruhanjaya berkaitannya dalam tempoh masa seperti berikut:

(i) Pengesahan Lantikan 2 minggu
(ii) Pengesahan dalam Perkhidmatan 4 minggu
(iii) Pemberian taraf berpencen 4 minggu
(iv) Perlanjutan Tempoh Percubaan 4 minggu
(v) Penetapan Gaji Permulaan 4 minggu
(vi) Pertukaran Perkhidmatan 4 minggu
(vii) Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu 16 minggu
(viii) Penamatan Perkhidmatan 16 minggu

AKTIVITI PERKHIDMATAN

Bahagian Perkhidmatan menawarkan lapan (8) jenis Perkhidmatan kepada Kementerian/Jabatan/pegawai awam yang terletak di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:

  • Pengesahan Lantikan;
  • Penetapan Gaji Permulaan;
  • Perlanjutan Tempoh Percubaan;
  • Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
  • Pemberian Taraf Berpencen;
  • Pertukaran Perkhidmatan;
  • Kembali ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu; dan
  • Penamatan Perkhidmatan.

1. PENGESAHAN LANTIKAN

Dilaksana berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan 19, 20 dan 21, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:

(i) Surat Setuju Terima Pelantikan (Borang SPA 6A);
(ii) Surat Akuan Sumpah (Borang SPA 6B);
(iii) Surat Akuan Doktor:-
(a) pegawai hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar;
dan
(b) sekiranya pegawai disahkan tidak begitu sihat oleh pegawai perubatan tetapi boleh dilantik, Ketua Jabatan perlu mendapatkan laporan lengkap pakar perubatan dan laporan Ketua Jabatan bagi menyokong bahawa pegawai boleh dilantik berkhidmat dengan Kerajaan
(iv) Penyata Perubahan (Kew. 8);
(v) Sijil Pengesahan Tapisan Keselamatan (bagi jawatan yang disyaratkan);
(vi) Surat Aku Janji (bagi pegawai yang dilantik mulai 01.01.2002);
(vii) Salinan sijil/diploma/ijazah yang disahkan bagi calon yang belum megemukakannya semasa menghadiri temu duga; dan
(viii) Dokumen-dokumen lain yang disyaratkan dalam surat tawaran.

2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Bagi permohonan pegawai yang mempunyai pengalaman relevan di sektor awam dan swasta, tertakluk kepada Peraturan 23(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Bekas anggota tentera/polis layak diberi hadiah kenaikan gaji berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan bil. 4 Tahun 1979 atau Pekeliling Perkhidmatan bil. 7 Tahun 2001 (mana yang berkenaan).

Bagi permohonan pegawai yang sedang berkhidmat di sektor awam, tertakluk kepada Peraturan 23(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penataman Perkhidmatan) 2005.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

Pengalaman sesuai di sektor awam:-
(i) Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
(ii) Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor awam bersesuaian dengan senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
(iii) Senarai tugas jawatan terdahulu yang diakui sah oleh Ketua Jabatan;
(iv) Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan; dan
(v) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini.

(Dokumen (iii) dan (iv) dikecualikan kepada pegawai sementara dan kontrak yang dilantik ke perkhidmatan tetap dalam jawatan yang sama)

Pengalaman sesuai di sektor swasta:-
(i) Surat permohonan pegawai melalui Ketua Jabatan;
(ii) Surat pengesahan majikan asal (swasta) pegawai mengenai jawatan, senarai tugas dan tanggungjawab serta tempoh perkhidmatannya di sektor swasta;
(iii) Senarai tugas jawatan sekarang yang diakui sah oleh pegawai yang bertanggungjawab dan Ketua Jabatan;
(iv) Pengiktirafan daripada Ketua Jabatan mengenai pengalaman di sektor swasta bersesuaian dengan senarai tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang sekarang;
(v) Salinan kelulusan iktisas atau separa iktisas yang dimiliki oleh pegawai bagi menentukan tempoh pengalaman yang boleh diambilkira; dan
(vi) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini.

*Permohonan penetapan gaji permulaan bagi pengalaman di sektor swasta boleh dibuat dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun dari tarikh melapor diri.

3. PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

Dilaksanakan berdasarkan kuasa di bawah Peraturan 28(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Tindakan ini boleh diambil apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan selepas tamat tempoh percubaan asalnya.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(i) Perakuan daripada Ketua Jabatan melalui Jadual Keempat (Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan);
(ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
(iii) Surat alasan daripada pegawai tentang kelewatan memenuhi syarat Perkhidmatan.

 

4. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Dilaksanakan berdasarkan Peraturan 27, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Pegawai awam yang ditawarkan surat pelantikan tetap, dikehendaki memenuhi syarat-syarat Perkhidmatan bagi membolehkannya disahkan dalam Perkhidmatan.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(i) Perakuan daripada Ketua Jabatan mengikut format Jadual Ketiga;
(ii) Kenyataan berkenaan peperiksaan-peperiksaan yang disyaratkan pegawai berkenaan mesti lulus beserta tarikh-tarikh lulus;
(iii) Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini;
(iv) Borang asal opsyen sama ada bersetuju/tidak bersetuju memilih skim KWSP; dan
(v) Surat pertuduhan tatatertib, surat keputusan Lembaga Tatatertib atau perakuan khas Ketua Jabatan berjawatan Ketua Pengarah atau Timbalannya bagi pegawai yang melakukan kesalahan tatatertib dalam tempoh percubaan.

5. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Pegawai awam yang telah disahkan dalam Perkhidmatan yang tidak berseuju memilih skim KWSP dan telah berkhidmat selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira boleh diberi taraf berpencen mengikut Akta 227, Akta Pencen 1980 dan Peraturan 36, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Kemasukan ke dalam perjawatan berpencen ini hanya sekali dalam perkhidmatan.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(i) Perakuan kemasukkan ke dalam perjawatan berpencen;
(ii) Jadual Kelima Borang Opsyen bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Peraturan 35) P.U.(A) 176; dan
(iii) Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini.

 

6. PERTUKARAN PERKHIDMATAN

Dilaksana berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005. Pegawai awam yang telah disahkan dalam Perkhidmatan dan memnuhi kriteria-kriteria serta syarat-syarat pertukaran Perkhidmatan yang ditetapkan sahaja akan dipertimbangkan.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(a) Pertukaran Pelantikan atas permohonan sendiri;
(b) Pertukaran Sementara;
(c) Peminjaman;
(d) Pertukaran Tetap;
(e) Pertukaran Pelantikan melalui opsyen; dan
(f) Kelulusan Pelepasan.

Pertukaran Pelantikan atas permohonan sendiri

Dilaksanakan bagi membolehkan seseorang pegawai berpindah ke skim Perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain ke tempat pilihan mereka atas sebab-sebab tertentu.

Urusan ini dilaksanakan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2002.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(i) Permohonan bertulis daripada pemohon;
(ii) Surat persetujuan pelepasan tanpa syarat dari Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan agensi asal;
(iii) Surat pelepasan Pihak Berkuasa Menlantik agensi asal;
(iv) Surat persetujuan penerimaan dan pengesahan kekosongan jawatan daripada Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan agensi baru;
(v) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
(vi) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

Pertukaran Sementara

Pelantikan seseorang pegawai ke suatu skim perkhidmatan lain yang berada di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dari perkhidmatan asalnya.

Peminjaman

Pelantikan seseorang pegawai ke suatu skim perkhidmatan yang berada di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan asalnya. Peminjaman boleh diuruskan kepada agensi awam, swasta dan agensi antarabangsa. Pegawai akan ditawarkan syarat peminjaman yang mana secara keseluruhannya tidak kurang baiknya dari syarat perkhidmatannya di jawatan asal. Peminjaman boleh dilaksanakan setelah ada persetujuan antara pembekal, agensi peminjam dan pegawai berkenaan.

Pertukaran Tetap

Pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat secara peminjaman atau pertukaran sementara ke mana-mana jawatan di agensi peminjam dimana dengan pelantikan itu hubungan pegawai dengan Perkhidmatan asalnya terputus, kecuali bagi tujuan faedah persaraan dan faedah lain seperti yang ditetapkan dalam pertukaran tetap. Pertukaran tetap boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan agensi pembekal, peminjam dan pegawai berkenaan.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk urusan Pertukaran Sementara, Peminjaman dan Pertukaran Tetap adalah seperti berikut:-

(i) Perakuan dari Kementerian/Jabatan;
(ii) Surat persetujuan penerimaan dari agensi peminjam;
(iii) Surat persetujuan pegawai berkenaan;
(iv) Surat pelepasan daripada Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan;
(v) Waran Perjawatan (jawatan baru);
(vi) Surat pelepasan Pihak Berkuasa Melantik;
(vii) Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;
(viii) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini; dan
(ix) Syarat-syarat pertukaran.

Pertukaran pelantikan melalui opsyen

Dilaksanakan bagi memudahkan pemindahan pegawai yang sedang berkhidmat dari satu skim perkhidmatan ke skim perkhidmatan yang sama atau berlainan di bawah agensi yang sama atau berlainan tanpa melalui proses lantikan biasa akibat pembubaran, penjumudan sesuatu skim perkhidmatan dan pemansuhan jawatan atau atas sebab-sebab lain.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(i) Perakuan dari Kementerian/Jabatan;
(ii) Surat pelepasan daripada Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan;
(iii) Surat pelepasan Pihak Berkuasa Melantik;
(iv) Waran Perjawatan (jawatan baru);
(v) Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;
(vi) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini; dan
(vii) Syarat-syarat pertukaran pelantikan.

7. KEMBALI KE DALAM SKIM PERKHIDMATAN TERDAHULU

Tertakluk kepada Peraturan 11, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

 Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(i) Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;
(ii) Perakuan Ketua Jabatan yang mengesahkan kegagalan pegawai untuk disahkan dalam Perkhidmatan bukanlah kerana prestasi/tatakelakuannya;
(iii) Ada kekosongan jawatan serta kelulusan pengisian;
(iv) Persetujuan Ketua Perkhidmatan yang akan menerima pegawai kembali ke dalam skim Perkhidmatan terdahulu; dan
(v) Persetujuan pegawai untuk dikembalikan ke dalam skim Perkhidmatan terdahulu.

 

8. PENAMATAN PERKHIDMATAN

Seseorang pegawai boleh ditamatkan Perkhidmatan mengikut Peraturan 46 dan Peraturan 47(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 jika pegawai itu telah:-

(a) menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan kesihatan;
(b) membuat akuan palsu dalam akuan berkanun;
(c) tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji;
(d) memalsukan apa-apa dokumen berhubung dengan pelantikannya;
(e) gagal tapisan keselamatan;
(f) gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan; dan
(g) pegawai yang tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan.

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:-

(a) Menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan kesihatan;
  (i) perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  (ii) borang pemeriksaan doktor yang mengandungi pengakuan pegawai mengenai kesihatannya;
  (iii) dokumen lain sebagai bukti pegawai menyembunyikan maklumat kesihatannya;
  (iv) salinan kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan diakui sah; dan
  (v) salinan surat tawaran jawatan (jika berkenaan).
   
(b) Membuat akuan palsu dalam akuan berkanun;
  (i) perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  (ii) surat akuan berkanun pegawai;
  (iii) dokumen lain sebagai bukti pegawai telah membuat akuan palsu;
  (iv) salinan kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan diakui sah; dan
  (v) salinan surat tawaran jawatan (jika berkenaan).
   
(c) Tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji;
  (i) perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  (ii) perakuan keengganan mematuhi kehendak Surat Aku Janji oleh pegawai; dan
  (iii) salinan kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan diakui sah.
   
(d) Memalsukan apa-apa dokumen berhubung dengan pelantikannya;
  (i) perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  (ii) dokumen lain yang membuktikan terdapatnya pemalsuan dokumen;
  (iii) laporan polis;
  (iv) salinan kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan diakui sah; dan
  (v) salinan surat tawaran jawatan (jika berkenaan).
   
(e) Gagal tapisan keselamatan;
  (i) perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
  (ii) alasan-alasan pegawai berkenaan gagal dalam tapisan keselamatan;
  (iii) salinan kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan diakui sah; dan
  (iv) salinan surat tawaran jawatan (jika berkenaan).
   
(f) Gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan; dan
  (i) perakuan Ketua Jabatan yang tidak menyokong pegawai untuk disahkan dalam Perkhidmatan (diperakukan setelah genap tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan);
  (ii) alasan-alasan Ketua Jabatan dengan bukti kenapa pegawai telah gagal memperolehi sokongan perakuannya dengan menjurus kepada alasan yang spesifik yang boleh dipertahankan dan tidak terkeluar daripada Peraturan 27, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005;
  (iii) Markah Penilaian prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir yang tidak bercanggah dengan para (iii) di atas;
  (iv) salinan kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan diakui sah; dan
  (v) salinan surat tawaran jawatan (jika berkenaan).
   
(g) Pegawai yang tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan.
  (i) perakuan penamatan Ketua Jabatan;
  (ii) kenyataan peperiksaan yang diduduki beserta dengan keputusannya;
  (iii) salinan kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan diakui sah; dan
  (iv) salinan surat tawaran jawatan (jika berkenaan).

 

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Anugerah
 MS ISO 9002
Pekeliling SPA
Dasar-Dasar Utama/Pekeliling SPA
Tatacara Pengisian Jawatan Kosong di Kementerian/Jabatan
Panduan Pertukaran
Pelanjutan Tempoh Percubaan
Penetapan Tarikh Pengesahan
Penetapan Tarikh Pengesahan bagi KPSL/PSB
Permohonan Online bagi PSB
Menu Pautan
Pautan
 Pejabat PM
 Pejabat KSN
 myGovernment
 Jabatan
 Perkhidmatan
 Awam
 Perbendaharaan
 Malaysia
 MAMPU
 INTAN
 HRMIS
 Biro Pengaduan
 Awam
 Pekeliling Kemajuan
 Pentadbiran Awam
 (PKPA)
 Jabatan Akauntan
 Negara Malaysia
 (e-Maklum)
 Sistem Saraan
 Malaysia
 PUSPANITA SPA
 Intranet SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Planner SPA
 Planner SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Koleksi Audio
Lagu Korporat SPA
Lagu Perkhidmatan Awam
Lagu Malaysiaku Gemilang
Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Koleksi Video
Video Korporat SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Galeri Q
Panduan Etika Kerja SPA
Hari Kualiti SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan SPA
Tahun 2007
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
Webmaster

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.