Membantu mempertingkatkan kecekapan urusan Suruhanjaya melalui penggunaan teknologi maklumat.
FUNGSI
Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem
Pentadbiran Pangkalan Data
Pentadbiran Rangkaian
Khidmat Pengguna
Pentadbiran
AKTIVITI
Membangun dan Menyenggara sistem-sistem aplikasi yang telah dikenalpasti;
Mengurus dan mentadbir pangkalan data;
Memberi khidmat nasihat dalam aspek pengkomputeran;
Menyediakan kemudahan pemprosesan (membekal dan memasukkan data);
Menguruskan perolehan dan penyenggaraan perkakasan (hardware) dan perisian (software);
Melaksanakan kerja-kerja pemprosesan data;
Menyediakan kursus dan latihan komputer kepada bahagian-bahagian dalam penggunaan sistem aplikasi yang telah dibangunkan dan juga latihan perisian komputer makro; dan
Menyelaras pewujudan, penyimpanan dan perkongsian maklumat
PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Teknologi Maklumat bertanggungjawab untuk memberi khidmat komputer dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut jadual untuk mencapai hasrat ini, Kami warga bahagian Teknologi Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:
Memberi layanan khidmat komputer yang sempurna dan saksama kepada pengguna teknologi maklumat.
Menyedia dan menyenggara sistem aplikasi mengikut spesikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui.
Menyedia panduan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
Menyedia perkhidmatan kemasukan data mengikut jadual yang dipersetujui.
Menjamin peralatan komputer berfungsi secara berterusan dengan khidmat bantuan secepat mungkin dalam masa sejam melalui meja bantuan.
Memastikan data pengguna adalah selamat dan diakses oleh pengguna yang sah sahaja.
Memastikan pengguna diberi latihan penggunaan aplikasi dan pendedahan asas tentang komputer.
Meningkatkan khidmat Teknologi maklumat yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berkesan.
AKTIVITI UTAMA UNIT- UNIT
Aktiviti unit di Bahagian Teknologi Maklumat adalah seperti berikut:-
Unit Pentadbiran
Pentadbiran Am dan Bahagian Kewangan
Menguruskan latihan personal Bahagian Teknologi Maklumat.
Unit Khidmat Pengguna
Melatih personel SPA menggunakan komputer dan perisian tertentu.
Mengurus latihan penggunaan sistem aplikasi kepada pengguna.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.