Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia (SPKP) ditubuhkan selaras dengan peruntukan Perkara 138 (1), Perlembagaan Persekutuan.
KEANGGOTAAN SPKP
Keahlian Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah termaktub di dalam artikel-artikel Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
Perkara 138(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang bidang kuasanya meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan.
Perkara 138(2) - Keahlian Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah terdiri daripada:-
(a)
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
Peguam Negara atau, jika Peguam Negara ialah seorang ahli Parlimen atau dilantik tidak daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Peguam Cara Negara; dan
(c)
Seorang anggota lain atau lebih yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, daripada kalangan orang yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi atau yang pernah menjadi Hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia.
Perkara 138(3) orang yang menjadi Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah juga menjadi Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan Malaysia
Pengerusi
Y.Bhg. Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri
Ahli-Ahli
Y.Bhg. Tan Sri Abdul Gani Patail
Y.A.A. Dato' Alauddin bin Dato' Mohd Sheriff
Y.A.A. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum
Y.A. Dato' Arifin bin Zakaria
Y.A. Dato' Abdull Hamid bin Embong
Y.A. Dato' Linton Albert
Y.A. Datuk Zaharah binti Ibrahim
Setiausaha
Tuan Haji Lamien bin Sawiyo
BIDANG KUASA DAN TUGAS
Perkara 144(1) pula memperuntukkan bahawa tugas Suruhanjaya ialah melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota bagi perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tertentu. Di antara undang-undang dan peraturan yang dimaksudkan antaranya ialah:
(i)
Perlembagaan Persekutuan;
(ii)
Akta 393: 'Service Commissions Act 1957' (Revised 1989);
(iii)
'Judicial and Legal Service Commission Rules 1963';
(iv)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005;
(v)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan
(vi)
Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Telefon : 603
8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas
kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang
disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan
resolusi 1024 x 768.