Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Piagam Pelanggan :: Maklumat Korporat :: Panduan :: Web Mail :: Direktori [English Version]
Menu Maklumat Korporat Profil
Maklumat Korporat
 Profil
 
   Sejarah Penubuhan
   Fungsi
   Visi dan Misi
   Piagam Pelanggan
   Undang-undang
   Perutusan Setiausaha
   Ahli Suruhanjaya
 Organisasi
 Arkib
 Foto
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Laman Utama
Laman Utama
Semak SMS


SPA Portal > Maklumat Korporat > Profil > Pekeliling SPA > Kaedah Pengesahan


KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
SURAT PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BILANGAN 1 TAHUN 2004
KAEDAH PENETAPAN TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
TUJUAN

1. Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan kaedah penetapan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

LATAR BELAKANG

2. Sistem Saraan Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 01 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 menetapkan setiap pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Syarat yang sama terpakai juga kepada pegawai yang dilantik melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Pegawai yang dilantik sebelum 01 November 2002 dan belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, dikehendaki memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun yang dikira daripada tarikh pelantikannya. Dengan perubahan ini, pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan, iaitu lulus peperiksaan dan / atau hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta mendapat perakuan Ketua Jabatan boleh disahkan dalam perkhidmatan selepas genap setahun perkhidmatan.

3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selaku pihak berkuasa mengesah telah mengeluarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2002 berkuat kuasa mulai 01.11.2002 menjelaskan mengenai tatacara penetapan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam di bawah bidang kuasanya. Berikutan dengan berkuatkuasanya Sistem Saraan Malaysia yang berteraskan kompetensi, ada keperluan kaedah penetapan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan yang diguna pakai sekarang dipinda agar dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan.

 

KAEDAH PENETAPAN TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

4. Suruhanjaya bersetuju supaya tarikh pengesahan dalam perkhidmatan (PDP) pegawai yang telah memenuhi syarat pengesahan ditetapkan seperti berikut:

(i) Pada Tarikh Genap Satu Tahun Perkhidmatan

Tarikh ini diguna pakai bagi pegawai yang berjaya memenuhi syarat pengesahan dalam tempoh 1 tahun perkhidmatan.

Contoh:

Perkara Tarikh
1. Lantikan 14.09.2002
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus 05.02.2003 hingga .20.02.2003
3. Menduduki peperiksaan yang dilulusinya 04.04.2003
4. Perakuan Ketua Jabatan 24.02.2004
5. Pengesahan Dalam Perkhidmatan 14.09.2003

(ii) Pada Tarikh Sehari Selepas Hadir Dengan Jayanya Kursus Induksi Atau Pada Tarikh Menduduki Peperiksaan Yang Dilulusi, Mengikut Mana Yang Berkenaan

Tarikh ini diguna pakai bagi pegawai yang memenuhi syarat tersebut selepas genap setahun perkhidmatan. Jika pegawai perlu memenuhi kedua-dua syarat, iaitu Kursus Induksi dan peperiksaan, maka tarikh pengesahan dalam perkhidmatan ditetapkan pada tarikh yang terkemudian.

Contoh 1: Pada Tarikh Sehari Selepas Hadir Dengan Jayanya Kursus Induksi

Perkara Tarikh
1. Lantikan 23.11.2000
2. Menduduki peperiksaan yang dilulusinya 16.10.2001
3. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus 16.05.2003 hingga 28.05.2003
4. Perakuan Ketua Jabatan 23.03.2004
5. Pengesahan Dalam Perkhidmatan 29.05.2003

Contoh 2: Pada Tarikh Menduduki Peperiksaan Yang Dilulusinya

Perkara Tarikh
1. Lantikan 02.01.2002
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus 16.10.2001 hingga 27.03.2003
3. Menduduki peperiksaan yang dilulusinya 26.09.2003 hingga 27.09.2003
4. Perakuan Ketua Jabatan 13.01.2004
5. Pengesahan Dalam Perkhidmatan 27.09.2003

 

 

(iii) Pada Tarikh Hari Pertama Lulus Peperiksaan Atau Pada Tarikh Sehari Selepas Hadir Dengan Jayanya Kursus Induksi Atau Pada Tarikh Mendapat Perakuan Ketua Jabatan

Tarikh ini diguna pakai bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda atau tidak berdenda kerana tidak berjaya disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh percubaan asal sama ada kerana tidak lulus peperiksaan atau tidak lulus Kursus Induksi atau tidak mendapat perakuan PDP daripada Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun, bagi pegawai lantikan terus yang telah diberi pelanjutan tempoh percubaan tetapi masih gagal disahkan dalam perkhidmatan, tindakan penamatan perkhidmatan akan diambil. Bagi pegawai sedang berkhidmat, iaitu termasuk yang dilantik melalui kaedah KPSL, mereka boleh dipertimbangkan untuk dikembalikan ke jawatan asal. Untuk tujuan ini, Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2000 bertajuk Garis Panduan Dalam Peraturan PelanjutanTempoh Percubaan adalah berkaitan.

Contoh 1: Pada Tarikh Hari Pertama Peperiksaan Yang Dilulusinya

Perkara Tarikh
1. Lantikan 02.02.2000
2. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus 16.03.2001 hingga 27.03.2001
3. Pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda kerana gagal dalam peperiksaan yang disyaratkan dalam tempoh percubaan asal 02.02.2003 hingga 01.02.2004
4. Lulus peperiksaan 14.10.2003 hingga 16.10.2003
5. Perakuan Ketua Jabatan 24.02.2004
6. Pengesahan Dalam Perkhidmatan 14.10.2003

Contoh 2: Pada Tarikh Sehari Selepas Hadir Dengan Jayanya Kursus Induksi

Perkara Tarikh
1. Lantikan 02.02.2000
2. Lulus peperiksaan yang disyaratkan 27.03.2002
3. Pelanjutan tempoh percubaan dengan tiada berdenda/berdenda 02.02.2003 hingga 01.02.2004
4. Hadir dengan Jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus 26.09.2003 hingga 16.10.2003
5. Perakuan Ketua Jabatan 24.02.2004
6. Pengesahan Dalam Perkhidmatan 17.10.2003

Contoh 3: Pada Tarikh Mendapat Perakuan Ketua Jabatan

Perkara Tarikh
1. Lantikan 02.02.2000
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus
16.03.2001 hingga 29.03.2001
3. Lulus peperiksaan yang disyaratkan 14.10.2002
4. Pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda kerana tidak mendapat sokongan perakuan Ketua Jabatan dalam tempoh percubaan asal
02.02.2003 hingga 01.02.2004
5. Perakuan Ketua Jabatan 28.01.2004
6. Pengesahan Dalam Perkhidmatan 28.01.2004

(iv) Pada Mana-Mana Tarikh Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya

Tarikh ini diguna pakai bagi pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh percubaan dan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan mereka hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya selepas tempoh percubaan mereka genap 3 tahun.

KUAT KUASA DAN PEMAKAIAN

5. Surat Pekeliling ini dikuatkuasakan pada tarikh ianya dikeluarkan. Ketua Jabatan yang telah diwakilkan kuasa menimbangkan PDP pegawai masing-masing di bawah Suratcara Pewakilan Kuasa P.U. (B) 496 diminta mematuhi peraturan dalam Surat Pekeliling ini. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian Surat Pekeliling ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berada di luar bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PEMBATALAN

6. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, maka Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2002 dibatalkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Tarikh: 24 Mei 2004

S.k.:

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Anugerah
 MS ISO 9002
Pekeliling SPA
Pekeliling SPA
 Panduan Pertukaran
 Perlanjutan Percubaan
 Kaedah Pengesahan
 Penetapan Pengesahan
 Pengesahan Kenaikan
 Permohonan Online
Menu Pautan
Pautan
 Pejabat PM
 Pejabat KSN
 Portal Kerajaan
 Malaysia
 MAMPU
 INTAN
 Pekeliling JPA
 Pek.Perbendaharaan
 PKPA
 Sistem Saraan
 Malaysia
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 HRMIS
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Planner SPA
 Planner SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
BARU_7.GIF Koleksi Audio
 Lagu Korporat SPA
 Lagu Perkhidmatan Awam
 Lagu Malaysiaku Gemilang
 Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta Terpelihara© 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.