Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Piagam Pelanggan :: Maklumat Korporat :: Panduan :: Web Mail :: Direktori [English Version]
Menu Maklumat Korporat Profil
Maklumat Korporat
 Profil
 
   Sejarah Penubuhan
   Fungsi
   Visi dan Misi
   Piagam Pelanggan
   Undang-undang
   Perutusan Setiausaha
   Ahli Suruhanjaya
 Organisasi
 Arkib
 Foto
Semak SMS


SPA Portal > Maklumat Korporat > Profil > Pekeliling SPA > Permohonan Online


KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
SURAT PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BILANGAN 2 TAHUN 2004
PERMOHONAN JAWATAN SECARA ON-LINE OLEH
PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
TUJUAN

1. Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membenarkan pegawai sedang berkhidmat memohon jawatan yang berada di bawah bidang kuasa SPA secara on-line melalui Laman Web menggunakan Borang SPA 8i.

 

LATAR BELAKANG

2. Berdasarkan kepada peruntukan Perintah Am 21, Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, pegawai yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing jika mereka ingin dipertimbangkan pelantikan ke jawatan lain dalam perkhidmatan awam. Jika mereka tidak mematuhi peraturan ini, permohonan mereka boleh ditolak. Ketua Jabatan pula bertanggungjawab mengedarkan permohonan pegawai berkenaan kepada pihak berkuasa melantik tanpa mengira sama ada mereka menyokong permohonan itu ataupun sebaliknya.

3. Semenjak melaksanakan sistem pengambilan secara berkomputer pada tahun 1997 yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM), mereka yang ingin memohon jawatan yang berada di bawah bidang kuasa SPA mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada memohon secara manual menggunakan Borang SPA 8, ataupun secara on-line menggunakan Borang SPA 8i. Walaubagaimanapun, kemudahan memohon jawatan secara on-line ini telah tidak dapat dimanfaatkan oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana kaedah ini tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Perintah Am 21 itu. Keadaan ini telah menyebabkan ramai pegawai sedang berkhidmat merasa terkilan kerana kemudahan teknologi maklumat tidak dapat mereka manfaatkan untuk tujuan ini.

 

TATACARA MEMOHON JAWATAN SECARA ON-LINE OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

4. SPA berpendapat pegawai sedang berkhidmat wajar dibenar menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa memohon jawatan dalam perkhidmatan awam, khususnya yang berada di bawah bidang kuasa SPA. Langkah ini bukan sahaja adil, bahkan selaras dengan hasrat Kerajaan menggalakkan penggunaan kemudahan ICT dalam sektor awam. Oleh itu SPA telah mengambil keputusan membenarkan pegawai sedang berkhidmat membuat permohonan jawatan secara on-line melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my dengan syarat sekiranya berjaya dipanggil temu duga mereka hendaklah membawa bersama perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan. Pegawai juga dikehendaki membawa kenyataan perkhidmatan yang kemas kini, laporan pengisytiharan harta, laporan penilaian prestasi yang terkini dan kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib. Ketua Jabatan dikehendaki mengesahkan maklumat pegawai terbabit menggunakan format seperti Lampiran A yang boleh dimuat turun melalui laman web SPA. Permohonan jawatan menggunakan Borang SPA 8 masih dibenarkan.

TARIKH KUAT KUASA DAN PEMAKAIAN

5. Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. Pemakaiannya kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di luar bidang
kuasa SPA, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa berkenaan.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 


Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Jabatan Persekutuan

S.k.:
Semua Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri)
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google
 

WWW
www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Anugerah
 MS ISO 9002
Pekeliling SPA
Pekeliling SPA
 Panduan Pertukaran
 Perlanjutan Percubaan
 Kaedah Pengesahan
 Penetapan Pengesahan
 Pengesahan Kenaikan
 Permohonan Online
Menu Pautan
Pautan
 Pejabat PM
 Pejabat KSN
 Portal Kerajaan
 Malaysia
 MAMPU
 INTAN
 Pekeliling JPA
 Pek.Perbendaharaan
 PKPA
 Sistem Saraan
 Malaysia
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 HRMIS
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Planner SPA
 Planner SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
BARU_7.GIF Koleksi Audio
 Lagu Korporat SPA
 Lagu Perkhidmatan Awam
 Lagu Malaysiaku Gemilang
 Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.