Peperiksaan
khas ini bertujuan untuk menguji kebolehan, kemahiran dan kreativiti
calon bagi lantikan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B27. Disamping
itu ia juga bertujuan menguji kemahiran mengaplikasi pengetahuan yang
telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.
Adalah ditegaskan bahawa peperiksaan ini bertujuan untuk mengukur
pengetahuan dalam bidang yang berkaitan dengan penerbitan rancangan
sama ada di TV atau radio. Soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai
bidang.
Calon
yang mengambil peperiksaan ini adalah dari jurusan yang berkaitan
dengan kewartawanan, sebaran am dan seumpamanya. Soalan yang dikemukakan
adalah dari bidang, kemahiran dan juga pengalaman berkaitan dengan
penerbitan rancangan. Peperiksaan ini juga menguji kemahiran berfikir.
Matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi
calon dari segi bakat, kebolehan dan kreativiti sebagai seorang Penerbit
Rancangan Gred B27.
Peperiksaan
ini mengandungi beberapa bahagian yang berasingan. Tiap-tiap bahagian/seksyen
adalah penting dan calon wajib lulus bagi kesemua seksyen yang dikemukakan.
Calon dimestikan lulus setiap bahagian untuk lulus peperiksaan khas
ini. Jika seseorang calon itu hanya menunjukkan prestasi yang baik
bagi 1 atau 2 seksyen sahaja dan menunjukkan prestasi tidak baik bagi
seksyen yang lain maka calon tersebut tidaklah menunjukkan prestasi
yang dianggap baik bagi keseluruhan peperiksaan ini. Oleh itu calon-calon
adalah dinasihatkan supaya jangan menumpukan kepada satu atau dua
seksyen sahaja.
Kelulusan
dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Calon
akan dipanggil temu duga jika memenuhi syarat-syarat lain yang ditentukan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
PANDUAN UMUM
1.
Pada hari peperiksaan,
calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut:-
i.
Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
ii.
Kad Pengenalan
iii.
Arahan dan Panduan Kepada Calon
iv.
Pensel 2B, pen dan pemadam
lembut
v.
Lain-lain peralatan yang difikirkan
perlu
2.
Anda perlu mematuhi
arahan Ketua Pengawas atau Ketua Panel Penilai.
3.
Anda perlu berada
di pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.
4.
Anda dilarang berkomunikasi
sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
5.
Anda hanya dibenarkan
meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
6.
Anda perlu menjawab
di dalam kertas yang disediakan:
(i) Kertas OMR LPSPA.
(ii) Kertas tulis SPA.
7.
Nombor Kad Pengenalan
yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat
Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8.
Sebelum Ujian Suara
dan Amali, anda dikehendaki menyebut No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran
anda di hadapan Ketua Panel Penilai.
SUKATAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan ini mempunyai
tiga (3) bahagian dan dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti berikut:-
1.
Bahagian I (Bertulis)
- Seksyen A - Aneka Pilihan
- Seksyen B - Karangan
- Seksyen C - Terjemahan
- Seksyen D - Penerbitan Rancangan
2.
Bahagian II (Suara)
- Seksyen A - Suara
- Seksyen B - Penyampaian
3.
Bahagian III (Amali)
- Penerbitan Rancangan Radio
- Penerbitan Rancangan TV
- Penerbitan Berita
- Penerbitan Filem
BAHAGIAN I
- BERTULIS
SEKSYEN
A - PENGETAHUAN AM
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 40 Aneka Pilihan
Markah : 20
Anda
perlu mengetahui sistem pemerintahan di Malaysia (ketatanegaraan)
secara umum serta perkara berkenaan dengan ekonomi, keagamaan, sosio
budaya, media, hiburan, sukan dan hal ehwal semasa di seluruh dunia
pada amnya dan Malaysia khususnya. Soalan yang dikemukakan adalah
pengetahuan am. Tujuannya adalah untuk mengukur kepekaan dan kesedaran
calon mengenai isu semasa di peringkat antarabangsa dan Malaysia khususnya.
CONTOH SOALAN
1.
Malaysia merayakan
Hari Kebangsaan pada setiap 31 hb. Ogos, namun demikian, disebabkan
oleh beberapa perkara teknikal, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
tidak membentuk negara Malaysia pada tarikh tersebut. Nyatakan tarikh
pembentukan Malaysia.
A. 14 September 1963
B. 15 September 1963
C. 16 September 1963
D. 17 September 1963
Jawapan - C
2.
Di antara berikut
yang manakah tiada kaitan dengan penerbitan filem?
A. Replacing
B. Directing
C. Dubbing
D. Cutting
Jawapan - A
SEKSYEN
B - KARANGAN
Masa : 70 Minit
Bilangan Soalan : 6 Jawab 2
Panjang Karangan : Tidak Melebihi 150 perkataan
Markah : 20
Tajuk
karangan yang dikemukakan menggalakkan anda memberi pandangan terhadap
sesuatu masalah yang merangkumi hal ehwal semasa, ekonomi, sosio budaya
dan juga media. Misalnya "Adegan-adegan ganas, tahyul dan seks
telah diharamkan dalam siaran media elektronik dan filem. Apakah ini
membunuh kreativiti? Bincangkan." Tajuk ini meminta calon memberi
pendapat dengan jelas, teratur dan munasabah. Enam (6) tajuk karangan
dikemukakan dan anda perlu menulis hanya dua (2) karangan iaitu satu
(1) karangan dalam Bahasa Melayu dan satu (1) lagi dalam bahasa/dialek
lain yang ditentukan (tertakluk kepada keperluan jabatan). Objektif
utama seksyen ini adalah untuk mengukur kreativiti serta kebolehan
calon di dalam penguasaan sesuatu bahasa.
SEKSYEN
C - TERJEMAHAN
Masa : 40 Minit
Soalan : 2
Markah : 20
Di
seksyen ini, anda diberi dua (2) petikan/rencana yang mengandungi
lebih kurang 100 perkataan setiap satu. Petikan pertama adalah dalam
Bahasa Melayu dan yang kedua dalam bahasa/dialek yang ditentukan tertakluk
kepada keperluan jabatan.
Petikan Karangan A
- Bahasa Melayu
Petikan ini perlu diterjemahkan ke satu bahasa/dialek lain yang ditentukan.
Petikan Karangan B
- Bahasa selain Bahasa Melayu
Petikan ini perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Objektif seksyen ini
adalah untuk mengukur kebolehan menginterpretasi sesuatu bahasa.
Di
seksyen ini anda dikehendaki memilih salah satu daripada empat bidang
penerbitan rancangan mengikut minat atau kecenderungan. Tujuan seksyen
ini adalah untuk menilai pengetahuan mengenai bidang yang dipilih.
Berikut adalah empat tajuk yang disediakan mengikut bidang.
(i) Penerbitan Rancangan
Radio
(ii) Penerbitan Rancangan TV
(iii) Penerbitan Berita
(iv) Penerbitan Filem
Anda
dikehendaki memilih salah satu dari empat bidang di atas. Pilihan
tersebut akan dinilai semula di dalam Ujian Amali (Bahagian III) untuk
mengukur kebolehan dan kreativiti dalam menerbitkan sesebuah rancangan
radio, TV atau filem. Berikut adalah contoh soalan.
CONTOH SOALAN
1.
Penerbitan Rancangan Radio - "Generasi muda hari ini lebih meminati
lagu-lagu 'rock' dan 'rap' dan tidak menggemari lagu-lagu asli. Bagaimanakah
rancangan radio dapat memainkan peranannya dalam mempopularkan lagu-lagu
asli di kalangan generasi muda".
2.
Penerbitan Rancangan TV - "Apakah faktor-faktor penting yang harus
dikaji sebelum melancarkan penerbitan rancangan kanak-kanak (mingguan)
di televisyen".
3.
Penerbitan Berita - "Anda dikehendaki menerbitkan sebuah rencana mengenai
pencemaran untuk Bahagian Berita Radio dan Bahagian Berita TV. Huraikan
proses penerbitan tersebut".
4.
Penerbitan Filem - "Media filem merupakan satu media yang paling berkesan
untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat. Beri pendapat anda mengenai
kenyataan ini ".
BAHAGIAN
II - SUARA
Hanya
calon yang lulus Peperiksaan Khas Bahagian I - Bertulis sahaja akan
dipanggil untuk menduduki Bahagian II (Ujian Suara) dan Bahagian III
(Ujian Amali). Ujian Suara bagi Peperiksaan Khas ini dibahagikan kepada
dua (2) iaitu:-
(i) Seksyen A - Suara
(ii) Seksyen B - Penyampaian
Media
bahasa yang digunakan bergantung kepada pilihan anda. Borang Akuan
Pilihan Bahasa tersebut diedarkan semasa anda menduduki kertas Bahagian
I (Bertulis).
SEKSYEN A
- SUARA
Anda
akan diuji dalam dua (2) bahasa. Pertama dalam Bahasa Melayu (wajib)
dan yang kedua dalam bahasa/dialek lain, tertakluk kepada keperluan
jabatan. Teks yang disediakan mengambil masa kira-kira dua (2) minit
untuk disampaikan. Bacaan akan dinilai berdasarkan perkara berikut:
(i) Mikrofonik : 15
Markah
(ii) Jelas dan terang : 10 Markah
(iii) Nada suara : 5 Markah
Anda
diberi masa sepuluh (10) minit sebelum ujian untuk persiapan. Penilaian
akan dibuat oleh Ketua Penilai yang dilantik oleh Urus Setia Peperiksaan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
SEKSYEN B
- PENYAMPAIAN
Tujuan seksyen ini
adalah untuk mengukur bakat, kebolehan dan kreativiti dalam perkara-perkara
berikut:-
(i) Penyampaian Berita
(ii) Penyampaian Laporan
(iii) Lakonan
Petikan
teks dari setiap di atas disediakan dan bahasa/dialek yang perlu digunakan
adalah berdasarkan keperluan jabatan. Panjang teks untuk penyampaian
berita dan laporan adalah lebih kurang 120 perkataan. Teks untuk lakonan
pula akan mengambil masa kira-kira dua (2) minit.
Anda dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Urus Setia Peperiksaan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan penilaiannya merangkumi
perkara-perkara berikut:-
(i) Penyampaian Berita
a. Sebutan : 4 Markah
b. Intonasi : 2 Markah
c. Patah kata : 4 Markah
d. Kelancaran : 2 Markah
(ii) Penyampaian Laporan
a. Sebutan : 4 Markah
b. Intonasi : 2 Markah
c. Patah kata : 2 Markah
d. Kelancaran : 4 Markah
(iii) Lakonan
a. Penghayatan : 6 Markah
b. Aksi : 6 Markah
c. Kreativiti : 4 Markah
Masa selama lima belas
(15) minit akan diberi untuk persiapan sebelum peperiksaan dijalankan.
BAHAGIAN
III - AMALI
Pilih hanya satu daripada
bidang-bidang di bawah berdasarkan kecenderungan anda semasa menjawab
Seksyen D - Bahagian I - Bertulis.
i) Penerbitan Rancangan
Radio
ii) Penerbitan Rancangan TV
iii) Penerbitan Berita
iv) Penerbitan Filem
Anda akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam salah satu daripada perkara berikut:
a) Menerbitkan satu rancangan radio untuk program 15 minit b) Menjadi 'deejay' untuk 'prime time' bagi siaran 30 minit c) Membuat ulasan siaran langsung selama 15 minit
Penilaian adalah berdasarkan perkara berikut:
a) Menerbitkan satu rancangan radio untuk program 15 minit b) Memilih bahan yang bersesuaian dengan sesuatu rancangan yang diterbitkan : 15 Markah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.