Peperiksaan
khas ini bertujuan untuk menguji kebolehan, kemahiran dan kreativiti calon
bagi lantikan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B41. Disamping itu ia
juga bertujuan menguji kemahiran mengaplikasi pengetahuan yang telah diperolehi
melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Adalah ditegaskan bahawa
peperiksaan ini bertujuan untuk mengukur pengetahuan dalam bidang yang
berkaitan dengan penerbitan rancangan sama ada di TV atau radio. Soalan
yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang.
Calon
yang mengambil peperiksaan ini adalah dari jurusan yang berkaitan dengan
kewartawanan, sebaran am dan seumpamanya. Soalan yang dikemukakan adalah
dari bidang, kemahiran dan juga pengalaman berkaitan dengan penerbitan
rancangan. Peperiksaan ini juga menguji kemahiran berfikir. Matlamat akhir
peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi calon dari segi
bakat, kebolehan dan kreativiti sebagai seorang Penerbit Rancangan Gred
B41.
Peperiksaan
ini mengandungi beberapa bahagian yang berasingan. Tiap-tiap bahagian/seksyen
adalah penting dan calon wajib lulus bagi kesemua seksyen yang dikemukakan.
Calon dimestikan lulus setiap bahagian untuk lulus peperiksaan khas ini.
Jika seseorang calon itu hanya menunjukkan prestasi yang baik bagi 1 atau
2 seksyen sahaja dan menunjukkan prestasi tidak baik bagi seksyen yang
lain maka calon tersebut tidaklah menunjukkan prestasi yang dianggap baik
bagi keseluruhan peperiksaan ini. Oleh itu calon-calon adalah dinasihatkan
supaya jangan menumpukan kepada satu atau dua seksyen sahaja.
Kelulusan
dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Calon akan
dipanggil temu duga jika memenuhi syarat-syarat lain yang ditentukan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
PANDUAN UMUM
1.
Pada hari peperiksaan,
calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut:-
i.
Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
ii.
Kad Pengenalan
iii.
Arahan dan Panduan Kepada Calon
iv.
Pensel 2B, pen dan pemadam lembut
v.
Lain-lain peralatan yang difikirkan
perlu
2.
Anda perlu mematuhi
arahan Ketua Pengawas atau Ketua Panel Penilai.
3.
Anda perlu berada di
pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.
4.
Anda dilarang berkomunikasi
sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
5.
Anda hanya dibenarkan
meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
6.
Anda perlu menjawab
di dalam kertas yang disediakan:
(i) Kertas OMR LPSPA.
(ii) Kertas tulis SPA.
7.
Nombor Kad Pengenalan
yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan
Menduduki Peperiksaan.
8.
Sebelum Ujian Suara
dan Amali, anda dikehendaki menyebut No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran
anda di hadapan Ketua Panel Penilai.
SUKATAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan ini mempunyai
tiga (3) bahagian dan dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti berikut:-
1.
Bahagian I (Bertulis)
- Seksyen A - Aneka Pilihan
- Seksyen B - Karangan
- Seksyen C - Terjemahan
- Seksyen D - Penerbitan Rancangan
2.
Bahagian II (Suara)
- Seksyen A - Suara
- Seksyen B - Penyampaian
3.
Bahagian III (Amali)
- Penerbitan Rancangan Radio
- Penerbitan Rancangan TV
- Penerbitan Berita
- Penerbitan Filem
SEKSYEN A
- PENGETAHUAN AM
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 40 Aneka Pilihan
Markah : 20
Anda
perlu mengetahui sistem pemerintahan di Malaysia (ketatanegaraan) secara
umum serta perkara berkenaan dengan ekonomi, keagamaan, sosio budaya,
media, hiburan, sukan dan hal ehwal semasa di seluruh dunia pada amnya
dan Malaysia khususnya. Soalan yang dikemukakan adalah pengetahuan am.
Tujuannya adalah untuk mengukur kepekaan dan kesedaran calon mengenai
isu semasa di peringkat antarabangsa dan Malaysia khasnya.
CONTOH SOALAN
1.
Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai masyarakat majmuk kerana penduduknya berlainan (i) keturunan (ii) kebudayaan (iii) bahasa pertuturan (iv) agama dan kepercayaan
A. i dan ii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Kesemua jawapan di atas
Jawapan - D
2.
Stesen radio yang menyiarkan
rancangan dalam Bahasa Inggeris keseluruhannya ialah
A. Radio 4
B. Radio 5
C. Radio Muzik
D. Time Highway Radio (THR)
Jawapan - B
SEKSYEN B
- KARANGAN
Masa : 70 Minit
Bilangan Soalan : 6 Jawab 2
Panjang Karangan : Tidak Melebihi 150 perkataan
Markah : 20
Tajuk
karangan yang dikemukakan menggalakkan anda memberi pandangan terhadap
sesuatu masalah yang merangkumi hal ehwal semasa, ekonomi, sosio budaya
dan juga media. Misalnya "Adegan-adegan ganas, tahyul dan seks telah
diharamkan dalam siaran media elektronik dan filem. Apakah ini membunuh
kreativiti? Bincangkan." Tajuk ini meminta calon memberi pendapat
dengan jelas, teratur dan munasabah. Enam (6) tajuk karangan dikemukakan
dan anda perlu menulis hanya dua (2) karangan iaitu satu (1) karangan
dalam Bahasa Melayu dan satu (1) lagi dalam bahasa/dialek lain yang ditentukan
(tertakluk kepada keperluan jabatan). Objektif utama seksyen ini adalah
untuk mengukur kreativiti serta kebolehan calon di dalam penguasaan sesuatu
bahasa.
SEKSYEN C
- TERJEMAHAN
Masa : 40 Minit
Soalan : 2
Markah : 20
Di
seksyen ini, anda diberi dua (2) petikan/rencana yang mengandungi lebih
kurang 100 perkataan setiap satu. Petikan pertama adalah dalam Bahasa
Melayu dan yang kedua dalam bahasa/dialek yang ditentukan tertakluk kepada
keperluan jabatan.
Petikan Karangan A - Bahasa
Melayu
Petikan ini perlu diterjemahkan ke satu bahasa/dialek lain yang ditentukan.
Petikan Karangan B - Bahasa
selain Bahasa Melayu
Petikan ini perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Objektif seksyen ini adalah
untuk mengukur kebolehan menginterpretasi sesuatu bahasa.
Di
seksyen ini anda dikehendaki memilih salah satu daripada empat bidang
penerbitan rancangan mengikut minat atau kecenderungan. Tujuan seksyen
ini adalah untuk menilai pengetahuan mengenai bidang yang dipilih. Berikut
adalah empat tajuk yang disediakan mengikut bidang.
(i) Penerbitan Rancangan
Radio
(ii) Penerbitan Rancangan TV
(iii) Penerbitan Berita
(iv) Penerbitan Filem
Anda
dikehendaki memilih salah satu dari empat bidang di atas. Pilihan tersebut
akan dinilai semula di dalam Ujian Amali (Bahagian III) untuk mengukur
kebolehan dan kreativiti dalam menerbitkan sesebuah rancangan radio, TV
atau filem. Berikut adalah contoh soalan.
CONTOH SOALAN
1.
Penerbitan Rancangan Radio - "Bagi menerbitkan sesebuah rancangan radio
yang berkesan, beberapa langkah awal perlu difikirkan oleh seseorang penerbit.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dititikberatkan bagi menentukan rancangan
yang disiar benar-benar mencapai matlamat".
2.
Penerbitan Rancangan TV - "Anda diberi satu skrip oleh ketua anda untuk
diterbitkan sebagai sebuah drama TV yang akan disiarkan pada pelancaran
Tahun Melawat Malaysia dalam masa 70 hari. Nyatakan tindakan-tindakan
yang perlu anda ambil sebagai seorang penerbit".
3.
Penerbitan Berita - "Penulisan serta cara berita dipersembahkan untuk
media elektronik berlainan dengan penulisan serta cara ianya dipersembahkan
untuk media cetak. Huraikan ".
4.
Penerbitan Filem - "Skrip amat penting untuk penerbitan sesebuah filem
dokumentasi. Berikan kefahaman anda mengenai kenyataan tersebut ".
BAHAGIAN II
- SUARA
Hanya
calon yang lulus Peperiksaan Khas Bahagian I - Bertulis sahaja akan dipanggil
untuk menduduki Bahagian II (Ujian Suara) dan Bahagian III (Ujian Amali).
Ujian Suara bagi Peperiksaan Khas ini dibahagikan kepada dua (2) iaitu:-
(i) Seksyen A - Suara
(ii) Seksyen B - Penyampaian
Media
bahasa yang digunakan bergantung kepada pilihan anda. Borang Akuan Pilihan
Bahasa tersebut diedarkan semasa anda menduduki kertas Bahagian I (Bertulis).
SEKSYEN A - SUARA
Anda
akan diuji dalam dua (2) bahasa. Pertama dalam Bahasa Melayu (wajib) dan
yang kedua dalam bahasa/dialek lain, tertakluk kepada keperluan jabatan.
Teks yang disediakan mengambil masa kira-kira dua (2) minit untuk disampaikan.
Bacaan akan dinilai berdasarkan perkara berikut:
(i) Mikrofonik : 15 Markah
(ii) Jelas dan terang : 10 Markah
(iii) Nada suara : 5 Markah
Anda
diberi masa sepuluh (10) minit sebelum ujian untuk persiapan. Penilaian
akan dibuat oleh Ketua Penilai yang dilantik oleh Urus Setia Peperiksaan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
SEKSYEN B - PENYAMPAIAN
Tujuan seksyen ini adalah
untuk mengukur bakat, kebolehan dan kreativiti dalam perkara-perkara berikut:-
(i) Penyampaian Berita
(ii) Penyampaian Laporan
(iii) Lakonan
Petikan
teks dari setiap di atas disediakan dan bahasa/dialek yang perlu digunakan
adalah berdasarkan keperluan jabatan. Panjang teks untuk penyampaian berita
dan laporan adalah lebih kurang 120 perkataan. Teks untuk lakonan pula
akan mengambil masa kira-kira dua (2) minit.
Anda dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Urus Setia Peperiksaan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan penilaiannya merangkumi perkara-perkara
berikut:-
(i) Penyampaian Berita
a. Sebutan : 4 Markah
b. Intonasi : 2 Markah
c. Patah kata : 4 Markah
d. Kelancaran : 2 Markah
(ii) Penyampaian Laporan
a. Sebutan : 4 Markah
b. Intonasi : 2 Markah
c. Patah kata : 2 Markah
d. Kelancaran : 4 Markah
(iii) Lakonan
a. Penghayatan : 6 Markah
b. Aksi : 6 Markah
c. Kreativiti : 4 Markah
Masa selama lima belas
(15) minit akan diberi untuk persiapan sebelum peperiksaan dijalankan.
BAHAGIAN III
- AMALI
Pilih hanya satu daripada
bidang-bidang di bawah berdasarkan kecenderungan anda semasa menjawab Seksyen
D - Bahagian I - Bertulis.
i) Penerbitan Rancangan
Radio
ii) Penerbitan Rancangan TV
iii) Penerbitan Berita
iv) Penerbitan Filem
Penerbitan Rancangan Radio
Anda akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam menerbitkan satu rancangan
radio untuk tayangan 10 minit. Bakat dan kreativiti dalam menghasilkannya
akan diukur berdasarkan kebolehan anda :
a) memilih bahan yang bersesuaian dengan sesuatu rancangan yang diterbitkan
- 30 markah
b) mengolah bahan dengan input tambahan agar rancangan menjadi lebih menarik
- 30 markah
c) menerbitkan rancangan bersesuaian dengan audien sasaran - 40 markah
Masa : 1 Jam 30 Minit
Markah : 100
Penerbitan Rancangan TV
Anda akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam menerbitkan satu rancangan
TV dengan menggunakan 'single camera system' untuk tayangan 10 minit. Bakat
dan kreativiti dalam menerbitkan rancangan tersebut akan diukur berdasarkan
kebolehan:
a) memilih bahan yang bersesuaian dengan sesuatu rancangan yang diterbitkan.
Bahan-bahan yang disediakan termasuklah dalam bentuk pita video - 30 markah
b) mengolah bahan dengan input tambahan untuk menjadikan rancangan tersebut
lebih menarik - 30 markah
c) menyusun bahan yang bersesuaian dengan rancangan dan audien sasaran -
40 markah
Masa : 1 jam 30 minit
Markah : 100
Penerbitan Berita
Anda diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam penulisan skrip, penyuntingan
dan laporan untuk berita radio atau TV. Berita yang perlu disediakan adalah
untuk buletin 5 minit. Penerbitan berita ini akan mengukur kebolehan anda
dalam:
a) penulisan skrip yang sesuai untuk berita - 30 markah
b) penyuntingan bahan-bahan dari pita rakaman atau video yang sesuai untuk
berita - 30 markah
c) pengolahan keseluruhan bahan dan kesesuaiannya untuk dijadikan berita
- 40 markah
Masa : 1 jam 30 minit
Markah : 100
Penerbitan Filem
Anda akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam mengendalikan serta
menyiapkan sebuah penerbitan filem yang jangkamasa tayangannya 10 minit.
Bakat serta kreativiti dalam menghasilkannya akan diukur berdasarkan kebolehan
anda dalam:
a) memilih bahan yang bersesuaian dengan sesuatu penerbitan. Bahan yang
disediakan berbentuk filem, pita video dan sebagainya - 30 markah
b) mengolah bahan serta input tambahan agar penerbitan menjadi lebih menarik
- 30 markah
c) menyusun bahan yang bersesuaian dengan penerbitan dan audien sasaran
- 40 markah
Masa : 1 jam 30 minit
Markah : 100
PANDUAN MENJAWAB
SOALAN
Soalan Objektif
(Bahagian I Seksyen A)
(a)
Calon yang dijemput mengambil bahagian dalam peperiksaan ini adalah dari
pelbagai lapangan. Soalan yang dikemukakan juga adalah dari pelbagai bidang
dan mungkin di luar bidang pengetahuan anda. Dengan demikian, jika wujud
soalan yang tidak dapat anda jawab, teruskan ke soalan berikut. Apabila
mempunyai masa, kembali kepada soalan tersebut dan fikirkan. Jika terasa
gagal menjawab mana-mana soalan jangan bimbang kerana akan ada soalan
yang anda pasti jawapannya.
(b) Soalan aneka pilihan
mengemukakan 4 pilihan jawapan dan anda dikehendaki memilih 1. Jawapan yang
diperlukan merupakan pilihan yang betul serta yang paling tepat. Walau bagaimanapun,
anda dinasihatkan mengkaji kesemua pilihan kerana yang diperlukan adalah
jawapan yang betul serta paling tepat. Sekiranya berasa sukar untuk memilih
jawapan, kenalpasti pilihan yang salah. Apabila pilihan salah diketepikan,
tugas memilih jawapan menjadi lebih mudah.
(c)
Anda diberi borang khas untuk menulis jawapan. Hanya pensel 2B sahaja
dibenarkan kerana pemprosesan jawapan dilakukan oleh komputer. Jika perlu
membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, sila gunakan kertas
lain. Borang yang disediakan adalah khas untuk menulis jawapan. Sebarang
tulisan atau catatan pada borang jawapan hanya merugikan anda kerana komputer
tidak dapat merekod jawapan yang sebenarnya.
Soalan Esei
(Bahagian I Seksyen B, C dan D)
(a) Bahagian I dibahagikan
kepada tiga iaitu Seksyen B (Karangan), Seksyen C (Terjemahan) dan Seksyen
D (Penerbitan Rancangan). Bagi tiap-tiap seksyen anda diberikan satu atau
dua soalan.
(b)
Kebanyakan calon gagal menghasilkan jawapan yang sempurna kerana perancangan
masa yang kurang memuaskan. Esei anda perlu mempamerkan kematangan idea.
Tulisan pula perlu jelas dan kemas. Teknik penulisan seperti susunan perenggan,
penggunaan tajuk dan persembahan hujah yang teratur perlu diambilkira.
Oleh itu, gunakan sekurang-kurangnya 10 minit yang pertama untuk merancang
jawapan dengan sebaik mungkin.
Ujian Suara dan Amali
Bagi
ujian suara dan amali, anda perlu mengetahui unsur pemarkahan. Kreativiti
merupakan aspek penting dalam menghasilkan sesuatu penerbitan rancangan
yang disyaratkan dan dititikberatkan dalam pemberian markah. Faktor suara
dan teknik berkomunikasi juga penting untuk menghasilkan mutu suara yang
memuaskan. Anda perlu menghindari perasaan gugup, gementar dan seumpamanya
semasa menjalani ujian ini.
PENUTUP
Anda
dinasihatkan supaya mencuba untuk mendapat markah yang memuaskan. Jika
lulus, anda mungkin berpeluang untuk ditemu duga dan seterusnya dipertimbangkan
ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B41
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.