Pada hari peperiksaan
anda perlu membawa perkara berikut:
i.
Surat Panggilan
menduduki peperiksaan;
ii.
Kad Pengenalan;
iii.
Arahan dan Panduan Kepada Calon;
iv.
Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan
lain-lain alat tulis yang difikirkan perlu;
v.
Cat poster atau air (cat yang boleh dicampur dengan
air dan cepat kering). Cat minyak dan 'pastel' tidak dibenarkan;
vi.
Berus-berus Lukisan;
vii.
Bekas air dan pembancuh warna;
viii.
Lain-lain peralatan lukisan yang difikirkan perlu.
2.
Kertas Lukisan
disediakan oleh Urus Setia Peperiksaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Malaysia. Hanya kertas yang diedarkan oleh Ketua Pengawas sahaja yang
sah digunakan.
3.
Anda mesti mematuhi
arahan Ketua Pengawas.
4.
Anda mesti berada
di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.
5.
Anda dilarang berkomunikasi
sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
6.
Anda hanya dibenarkan
meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
7.
Pewarna, teknik
dan bahantara yang pelbagai boleh digunakan KECUALI cat minyak dan 'pastel'.
Pastikan hasil kerja cukup kering sebelum dihantar.
PANDUAN UMUM KEPADA
CALON
Peperiksaan ini mengandungi dua (2) bahagian
iaitu Bahagian I (Bertulis) dan Bahagian II (Lukisan).
BAHAGIAN I
- BERTULIS
Terbahagi kepada dua
:
Seksyen 'A' - Pengetahuan
Am
Seksyen 'B' - Perancangan Seni
SEKSYEN 'A' -
PENGETAHUAN AM
Soalan berbentuk objektif
dengan empat (4) pilihan jawapan. Anda dikehendaki menjawab kesemua
50 soalan.
Seksyen ini mengukur pengetahuan dalam bidang-bidang berikut :-
i.
Dasar-dasar Kerajaan;
ii.
Kenegaraan;
iii.
Ehwal Semasa;
iv.
Sosio Budaya;
v.
Ekonomi;
vi.
Asas-asas Seni Lukis dan Seni Reka.
Soalan : 50 (aneka
pilihan)
Masa : 30 Minit
SEKSYEN 'B' -
PERANCANGAN SENI
Enam (6) soalan dikemukakan dan anda perlu
menjawab dua (2) soalan dalam bentuk karangan untuk mengukuri kebolehan
merancang. Seksyen ini berkaitan dengan urusan kerja Seni Lukis dan
Seni Reka. Tajuk-tajuk soalan meliputi bidang-bidang berikut :-
Satu soalan dikemukakan. Sebuah kenyataan
dikemukakan dan perlu diinterpretasi ke bentuk poster. Kreativiti diperlukan.
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian.
a) Kesesuaian pemilihan tipografi dengan
subjek.
b) Elemen-elemen gambaran yang digunakan untuk keberkesanan komunikasi
Medium : Bebas kecuali cat minyak dan 'Pastal'
Soalan : 1
Masa : 2 Jam
SEKSYEN 'B' - LUKISAN IMAGINASI
Satu soalan dikemukakan. Anda dikehendaki
melukis sebuah gubahan asli berdasarkan kenyataan atau cerita yang dikemukakan.
Kenyataan/cerita melibatkan lukisan manusia yang sedang beraksi.
Medium : Cat air atau cat poster.
Cat minyak dan pastal tidak dibenarkan.
Soalan : 1
Masa : 2 Jam 30 Minit
SEKSYEN 'C' - LUKISAN OBJEK
Satu soalan dikemukakan. Anda diberi beberapa
objek untuk dilukis dengan menggunakan pensel hitam sahaja misalnya
2B, 4B dan 6B.
Soalan : 1
Masa : 1 Jam 30 Minit
8.
Sila baca arahan dan soalan dengan teliti
sebelum menjawab.
9.
Pastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan
dan Seksyen ditulis dengan jelas di sudut kanan muka hadapan kertas
lukisan yang digunakan.
10.
Anda dinasihatkan bertenang dan menggunakan
masa yang diperuntukkan sebaiknya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.