Pada hari peperiksaan
anda perlu membawa perkara berikut:
i.
Surat Panggilan
menduduki peperiksaan;
ii.
Kad Pengenalan;
iii.
Arahan dan Panduan Kepada Calon;
iv.
Alat tulis; pensel 2B, pen,
pembaris, pemadam dan lain-lain alat tulis yang difikirkan perlu;
v.
Cat poster atau air (cat yang
boleh dicampur dengan air dan cepat kering). Cat minyak dan 'pastel'
tidak dibenarkan;
vi.
Berus-berus Lukisan;
vii.
Bekas air dan pembancuh warna;
viii.
Lain-lain peralatan lukisan
yang difikirkan perlu.
2.
Kertas Lukisan
disediakan oleh Urus Setia Peperiksaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Malaysia. Hanya kertas yang diedarkan oleh Ketua Pengawas sahaja yang
sah digunakan.
3.
Anda mesti mematuhi
arahan Ketua Pengawas.
4.
Anda mesti berada
di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.
5.
Anda dilarang berkomunikasi
sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
6.
Anda hanya dibenarkan
meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
7.
Pewarna, teknik
dan bahantara yang pelbagai boleh digunakan KECUALI cat minyak dan 'pastel'.
Pastikan hasil kerja cukup kering sebelum dihantar.
PANDUAN UMUM KEPADA
CALON
Peperiksaan ini mengandungi
dua (2) bahagian iaitu Bahagian I (Bertulis) dan Bahagian II (Lukisan).
BAHAGIAN I
- BERTULIS
Terbahagi kepada dua
:
Seksyen 'A' - Pengetahuan
Am
Seksyen 'B' - Perancangan Seni
SEKSYEN 'A' -
PENGETAHUAN AM
Soalan berbentuk objektif
dengan empat (4) pilihan jawapan. Anda dikehendaki menjawab kesemua
50 soalan.
Seksyen ini mengukur pengetahuan dalam bidang-bidang berikut :-
i.
Dasar-dasar Kerajaan;
ii.
Kenegaraan;
iii.
Ehwal Semasa;
iv.
Sosio Budaya;
v.
Ekonomi;
vi.
Asas-asas Seni
Lukis dan Seni Reka.
Soalan : 50 (aneka
pilihan)
Masa : 30 Minit
SEKSYEN 'B' -
PERANCANGAN SENI
Enam (6) soalan dikemukakan
dan anda perlu menjawab dua (2) soalan dalam bentuk karangan untuk mengukuri
kebolehan merancang. Seksyen ini berkaitan dengan urusan kerja Seni
Lukis dan Seni Reka. Tajuk-tajuk soalan meliputi bidang-bidang berikut
:-
i.
Pameran
ii.
Paparan/billboard
iii.
Poster
iv.
Animasi/Efek
v.
Seni Reka Set
vi.
Komputer Grafik
(Perkakasan dan Perisian)
Soalan: 6 (perlu jawab
2)
Masa : 1 jam 20 Minit
BAHAGIAN
II - LUKISAN
Bahagian ini terbahagi
kepada tiga (3) seksyen :-
Seksyen 'A' - Lukisan
Grafik
Seksyen 'B' - Lukisan Imaginasi
Seksyen 'C' - Lukisan Projek
SEKSYEN 'A' -
LUKISAN GRAFIK
Satu soalan dikemukakan.
Sebuah kenyataan dikemukakan dan perlu diinterpretasi ke bentuk poster.
Kreativiti diperlukan.
Perkara-perkara berikut
perlu diberi perhatian.
a) Kesesuaian pemilihan
tipografi dengan subjek.
b) Elemen-elemen gambaran yang digunakan untuk keberkesanan komunikasi
Medium : Bebas kecuali
cat minyak dan 'Pastel'
Soalan : 1
Masa : 2 Jam 30 Minit
SEKSYEN 'B' -
LUKISAN IMAGINASI
Satu soalan dikemukakan.
Anda dikehendaki melukis sebuah gubahan asli berdasarkan kenyataan atau
cerita yang dikemukakan. Kenyataan/cerita melibatkan lukisan manusia
yang sedang beraksi.
Medium : Cat air atau
cat poster.
Cat minyak dan pastal tidak dibenarkan.
Soalan : 1
Masa : 2 Jam 30 Minit
SEKSYEN 'C' -
LUKISAN PROJEK
Anda dikehendaki memilih
satu daripada projek-projek berikut:
i) Projek 2 - Dimensi
Dikehendaki merekacipta dan merekaletak logo yang sesuai untuk media
cetak (misalnya majalah, kepala dan sampul surat, billboard, kenderaan
dan lain-lain) dan media elektronik (misalnya video, filem dan sebagainya)
ii) Projek 3 - Dimensi
Dikehendaki merekabentuk 'layout' pameran/set TV/filem dan pementasan
dalam bentuk 3-dimensi mengikut spesifikasi yang disediakan; ATAU memberi
interpretasi pelan kepada rekabentuk 3-dimensi (lukisan perspektif)
Catatan :
Soalan lukisan projek, selain daripada yang di atas, disediakan mengikut
keperluan/kesesuaian jabatan/agensi berkenaan.
Soalan : 2 (jawab 1) Masa : 2 Jam 30 Minit
8.
Sila baca arahan dan
soalan dengan teliti sebelum menjawab.
9.
Pastikan Angka Giliran,
Nombor Kad Pengenalan dan Seksyen ditulis dengan jelas di sudut kanan
muka hadapan kertas lukisan yang digunakan.
10.
Anda dinasihatkan
bertenang dan menggunakan masa yang diperuntukkan sebaiknya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.