PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI PERKHIDMATAN
AWAM GRED 41
Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan
Awam Gred 41 ini perlu diduduki oleh calon yang memohon mana-mana jawatan
berikut:
1.
Kaunselor Gred S41
2.
Pegawai Arkib Gred
S41
3.
Pegawai Tadbir Gred
N41
4.
Penguasa Kastam Gred
W41
5.
Penguasa Bomba Gred
KB41
6.
Pegawai Siasatan Gred
KR41
7.
Penguasa Penjara Gred
KX41
8.
Pegawai Penerangan
Gred S41
9.
Pegawai Penguatkuasa
Gred N41
10.
Pegawai Keselamatan
Gred KP41
11.
Pegawai Belia dan
Sukan Gred S41
12.
Pegawai Pertahanan
Awam Gred KP41
13.
Pegawai Perhubungan
Perusahaan Gred S41
14.
Pegawai Pembangunan
Masyarakat Gred S41
15.
Pegawai Tadbir
dan Diplomatik Gred M41
Pada hari peperiksaan calon hendaklah membawa
perkara-perkara berikut
:
i.
Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,
ii. Kad Pengenalan;
iii. Pensil 2B, pen, pembaris, pemadam; dan
iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.
Hanya calon yang melepasi
tapisan ini akan dipertimbangkan untuk temu duga.
MAKLUMAT UJIAN
Peperiksaan ini mengandungi
dua bahagian iaitu:
Bahagian I:
Seksyen A
- Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B
- Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C
- Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen D
- Esei Bahasa Melayu
Seksyen E
- Esei Bahasa Inggeris
Bahagian II:
Seksyen A
- Sahsiah Diri
Bahagian I:
Seksyen A -
Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen ini mengukur daya
kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan
Malaysia khasnya. Ia merangkumi isu politik, ekonomi, sosial, sains,
teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan. Skop ini
terlalu umum dan tiada bahan rujukan khusus.
Masa: 45 minit
Soalan: 60
Seksyen B- Daya
Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur kecekapan
calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:
i. Kemahiran
Logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir
serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan
ii. Kemahiran
Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon
untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii. Konsep Matematik
Konsep Matematik yang diukur merangkumi
algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan
dalam kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia.
Masa: 45 minit
Soalan: 40
Seksyen C -
Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur dari
aspek:
(i) Kemahiran memindahkan
maklumat
(ii) Kefahaman
(iii) Kemahiran Tatabahasa
dan Kosa Kata
Masa: 45 minit
Soalan: 40
Seksyen D -
Esei Bahasa Melayu
Seksyen ini mengukur daya
kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian
esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur
dan munasabah.
Masa: 1 jam
Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: 300 hingga
500 perkataan
Seksyen E -
Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur daya
kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian
esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur
dan munasabah.
Masa: 1 jam
Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: 200 hingga
300 perkataan
Bahagian II:
Seksyen
A - Sahsiah Diri
Bahagian
ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat
dalam perkhidmatan awam.
Dalam
seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan.
Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan
agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.
Masa
: 40 minit
Jumlah Soalan : 200
Contoh
Soalan
1.
Saya merasa terganggu
apabila orang lain mengganggu kerja saya.
A.
Sangat Kerap
B.
Kerap
C.
Tidak Pasti
D.
Kadang-Kadang
E.
Tidak Pernah
2.
Khidmat Negara
perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.