Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Piagam Pelanggan :: Maklumat Korporat :: Panduan :: Web Mail :: Direktori :: Hotline SPA :: Peta Laman [English Version]
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Panduan
Panduan
 KPSL
 SMSM
 Peperiksaan
 Temu Duga
 Tatatertib
 Kelayakan STPM
 Iktiraf Kelayakan
 Separa Perubatan
 Call Letter
 Hari Pelanggan
 Mohon Online
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Laman Utama
Laman Utama
Semak SMS


SPA Portal > Panduan > Separa_Perubatan

Separa Perubatan
     
   

LATIHAN BERTARAF DIPLOMA

Sila Klik di bawah untuk maklumat lanjut...

(i) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
(ii) Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
(iii) Jurupulih Perubatan (cara Kerja) Pelatih
(iv)  Jururawat Pelatih
(v) Jururawat Pergigian Pelatih
(vi) Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
(vii) Juruteknologi Pergigian Pelatih
(viii)  Juru X-Ray Pelatih
(ix) Pembantu Farmasi Pelatih
(x) Pembantu Perubatan Pelatih



Bagi calon yang layak akan di beri surat untuk menduduki ujian atau boleh semak di laman web SPA, pada akhir November atau awal Disember ini.

Calon baru yang telah memohon melalui Internet (SPA8i) tidak perlu mengisi borang SPA8 atau sebaliknya. Sahlaku permohonan adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Untuk calon KPSL , boleh melanjutkan tempoh permohonan dengan hanya menulis surat kepada SPA dengan menyatakan No KP dan nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Sains/Sains Tulen serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur

1. Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


LATIHAN BERTARAF SIJIL

Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut..

(i) Jururawat Desa Pelatih
(ii) Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih

Syarat Kelayakan

Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia pada peringkat SRP atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur

1. Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

Alamat Surat Menyurat:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000

Pertanyaan Email

Kembali

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Anugerah
 MS ISO 9002
Pekeliling SPA
Pekeliling SPA
 Panduan Pertukaran
 Perlanjutan Percubaan
 Kaedah Pengesahan
 Penetapan Pengesahan
 Pengesahan Kenaikan
 Permohonan Online
Menu Pautan
Pautan
 Pejabat PM
 Pejabat KSN
 Portal Kerajaan
 Malaysia
 MAMPU
 INTAN
 Pekeliling JPA
 Pek.Perbendaharaan
 PKPA
 Sistem Saraan
 Malaysia
 Puspanita SPA
 Intranet SPA
 HRMIS
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Planner SPA
 Planner SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
BARU_7.GIF Koleksi Audio
 Lagu Korporat SPA
 Lagu Perkhidmatan Awam
 Lagu Malaysiaku Gemilang
 Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia-Cari
Google

WWW
www.spa.gov.my
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036

PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.