PAKEJ BORANG SPA 8 Selaras dengan pembaharuan sistem pengambilan di bawah SMSM, SPA kini mengeluarkan satu Pakej Permohonan yang mengandungi:- a) Borang SPA 8 (borang permohonan jawatan) b) Buku Panduan Memohon Jawatan c) Panduan Mengisi Borang SPA 8
PENDAFTARAN PERMOHONAN Pemohon boleh memohon sehingga sepuluh (10) jenis jawatan dengan menggunakan Borang SPA 8 atau Borang SPA8i melalui Portal SPA dalam Internet. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan telah disenaraikan dalam Buku Panduan Memohon Jawatan atau boleh dirujuk dalam Jawatan-jawatan dalam perkhidmatan Malaysia. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh SPA. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer SPA. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.