Perkara mengenai rayuan tatatertib adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [P.U.(A) 396].
HAK MERAYU [PERATURAN 14]
Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib (LTT) Kementerian/Jabatan boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT). ( Nota : Tiada peruntukan rayuan bagi pegawai yang dibuang kerja melalui Warta)
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM [PERATURAN 12 ]
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terletak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
BAGAIMANA MEMBUAT RAYUAN(PERATURAN (15)
Sesuatu rayuan hendaklah di buat secara bertulis kepada:
PENGERUSI LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA ARAS 9, BLOK C7, PARCEL C PUSAT PENTABDIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA.
Surat rayuan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tatatertib.
TINDAKAN KETUA JABATAN
Apabila menerima rayuan daripada mana- mana pegawai, Ketua Jabatan hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya kepada Lembaga Tatatertib yang berkaitan, beserta dengan ulasannya.
TINDAKAN LEMBAGA TATATERTIB
Apabila menerima rayuan itu, Lembaga Tatatertib hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya surat rayuan itu beserta salinan semua rekod prosiding tatatertib, termasuk alasan/asas yang digunakan bagi membuat keputusan tatatertib berkenaan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam
MAKLUMAT/DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH JABATAN KEPADA LEMBAGA RAYUAN
Maklumat/dokumen yang perlu dikemukakan oleh Jabatan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) adalah seperti senarai semak, iaitu mengikut mana yang berkaitan dengan sesuatu kes tindakan tatatertib itu.
KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad
SENARAI SEMAK DOKUMEN
1. Nombor Kad Pengenalan pegawai.
2. Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini
3. Laporan pelanggaran tatatertib termasuk laporan siasatan (jika ada)
4. Surat pertuduhan
5. Akuan terima surat pertuduhan
6. Representasi pembelaan diri
7. Ulasan Ketua Jabatan terhadap representasi pembelaan diri
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Telefon : 603 8885 6000 | Faks : 603 8888 5036
PENAFIAN
Kerajaan dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan
melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA
Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 x 768.