MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih.
Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.
Seandainya dia memang tidak layak untuk mengecapi bahagia, mengapa dirinya difitrahkan cinta? Kalau darah ini tidak serupa yang halal, mengapa ada cinta senandung di hati? Biarlah... buat apa hendak diharap burung yang terbang kalau diri merayap di bumi.
"Shah... Apa yang aku buat sekarang adalah sebagai pengorbanan. Aku terpaksa, Shah. Aku gadai cinta aku semata-mata demimu. Ketahuilah, walau apa jua yang berlaku, hati ini tetap milikmu. Aku berharap suatu hari nanti, kau ketemu jodoh yang lebih baik."
Bacalah demi satu keturunan yang bakal anda cipta.
Halaman
: 480
Harga : RM 18.00
Penulis : Ilani Mysara
Keluaran : Alaf 21
Rating SUARA
PUSPANITA:
**** boleh buat koleksi dan baca berulang kali.
SANDARAN HATI
KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.
Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.
Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.
Puas brdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.
"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"
Halaman
: 480
Harga : RM 18.00
Penulis : Aini Marisha
Keluaran : Alaf 21
Rating SUARA
PUSPANITA:
**** boleh buat koleksi dan baca berulang kali.
Setia
Menanti
“Hanya
sonata rindu yang mampu merawat luka-luka semalam”
Pandang
pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid
Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya.
Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun
dia merawat hatinya sendiri.
Tanpa
disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal
yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka.
Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata,
hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.
Setelah
janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia
untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah
telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup
menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.
Adrina
benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam
merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan.
Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid
Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih
seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.
Halaman
: 552
Harga : RM 19.90
Penulis : Fauziah Ashari
Keluaran : Alaf 21
Rating SUARA
PUSPANITA:
**** boleh buat koleksi dan baca berulang kali.
Cemburu
Seorang Perempuan
“"Aku
orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah
di tepi pantai paling bergelora"
"Aku
orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah
di tepi pantai paling bergelora"
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu
ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu...
Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun
tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali
itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang
kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim
antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga
buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya
aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami
yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah
tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu
yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan
aku seorang suami yang gagal...
Halaman
: 350
Harga : RM 18.90
Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid
Keluaran : Creative Enterprise
Rating SUARA PUSPANITA : **** best!!!
PUSPANITA Cawangan Kecil SPA,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks
C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
No. Tel: 603 - 8885
6000 | Faks: 603 - 8888 5041
PENAFIAN
Kerajaan dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui
laman web ini.
Hakcipta
TerpeliharaŠ 2005 Laman Web Oleh SPA Malaysia. Sesuai dipapar menggunakan IE
versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.